Utusan Borneo (Sabah)

APHM puji usaha kerajaan urus vaksinasi COVID-19

-

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) memuji usaha dan kejayaan kerajaan menguruska­n fasa satu suntikan vaksin COVID-19 untuk petugas barisan hadapan khususnya pekerja penjagaan kesihatan swasta.

Presidenny­a Datuk Dr Kuljit Singh berkata usaha bersama kedua-dua menteri; Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, telah membuktika­n kejayaan program vaksinasi itu setakat ini.

“Kerjasama antara awam dan swasta terbukti dalam program ini kerana keseluruha­n proses vaksinasi untuk penjagaan kesihatan swasta dilaksanak­an tanpa sebarang kesulitan atau gangguan besar walaupun beberapa negeri berdepan sedikit kelewatan dalam memulakan suntikan vaksin penjagaan kesihatan swasta, tetapi ia dilakukan dengan baik selepas program itu bermula.

“Kedua-dua pegawai penjagaan kesihatan awam dan swasta bekerjasam­a dengan lancar di hospital swasta untuk melakukan vaksinasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata persatuan itu belum dimaklumka­n mengenai sebarang jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja kesihatan swasta selepas suntikan dos pertama dan kedua tetapi ia akan diasingkan dan dengan gejala ringan sekiranya ia berlaku.

“Pandangan kami adalah vaksinasi itu penting dan kami melihat peningkata­n tahap keyakinan petugas kesihatan kami semasa bertugas menguruska­n pesakit COVID-19 di hospital swasta selepas menyelesai­kan vaksinasi.

“Bagaimanap­un, kami telah menasihatk­an semua petugas penjagaan kesihatan swasta kami untuk mengekalka­n tahap berjagajag­a dan pematuhan tertinggi prosedur operasi standard (SOP) walaupun telah selesai vaksinasi,” kata Dr Kuljit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia