Utusan Borneo (Sabah)

Sukarelawa­n ujian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 tidak perlu divaksin semula

-

PUTRAJAYA: Sukarelawa­n yang menyertai ujian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 dari China tidak perlu divaksin semula dengan vaksin lain seperti Pfizer-BioNTechat­auSinovac, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ini kerana mereka dianggap golongan terlindung dan tidak boleh diberikan vaksin tambahan memandangk­an mereka tertakluk dalam kajian khusus yang akan dijalankan selama 13 bulan itu.

“Namun, pendekatan kesihatan am seperti pemakaian pelitup muka dan penjagaan kendiri turut ditekankan kepada sukarelawa­n itu,” katanya ketika ditanya mengenai status sukarelawa­n terbabit pada sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi

COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengenai perkembang­an program imunisasi, di sini semalam.

Ujian klinikal fasa tiga itu adalah program kerjasama antara Malaysia dan China menerusi Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS) dan kira-kira 3,000 sukarelawa­n yang berusia 18 tahun ke atas terlibat dalam kajian itu.

IMBCAMS sebelum ini telah melaksanak­an percubaan klinikal fasa satu dan fasa dua di China dan sebanyak sembilan hospital di seluruh negara terlibat dalam ujian klinikal itu, antaranya Hospital Sungai Buloh dan Hospital Taiping.

Dalam perkembang­an lain, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata kerajaan mengambil maklum mengenai maklumat terkini daripada syarikat farmaseuti­kal Pfizer yang memaklumka­n individu yang telah menerima dua dos vaksin Pfizer-BioNTech mungkin memerlukan suntikan dos ketiga.

Katanya Malaysia belum menerima sebarang data berkenaan keperluan dos ketiga vaksin berkenaan namun Kementeria­n Kesihatan dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 akan merancang pelan jangka panjang mengenai perkara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla baru-baru dilaporkan berkata suntikan dos ketiga vaksin itu mungkin diperlukan antara enam hingga 12 bulan selepas dos terakhir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia