Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk OKU Jaya Baru terima rumah bantuan Sabah Energy Corporatio­n

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Penduduk Kg Jaya Baru yang hilang upaya bekerja memperoleh keringanan bebanan apabila menerima kunci rumah yang dibina hasil sumbangan Sabah Energy Corporatio­n (SEC) Sendirian Berhad.

Pengerusi SEC Datuk Annuar Ayub Aman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan menyerahka­n kunci rumah itu kepada Ladius Umil, seorang penduduk OKU.

“Rumah ini merupakan sebahagian daripada Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) SEC untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik,” kata Annuar.

Ladius yang bergantung penuh atas bantuan keluarga dalam menjalani kehidupan harian memperoleh sinar baharu dalam kehidupan apabila menerima kunci bagi rumahnya yang sudah siap dibangunka­n.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Annuar bersama isteri Datin Tengku Adlina Marita serta keluarga mengambil kesempatan mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Turut serta dalam lawatan penyerahan kunci rumah tersebut ialah kakitangan Unit Perhubunga­n Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Liawan.

Mereka terdiri daripada Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Fredrick Philip Toyong, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Addy RM Jasni, Pegawai Penyelaras DUN Liawan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau Erick Takun dan Kapitan Anthony Chong.

Annuar berpesan, meskipun suasana raya sekadar disambut dalam kalangan ahli keluarga namun semua perlu bersyukur kerana masih dapat menikmati suasana dengan aman dan selamat.

Annuar seterusnya mengajak agar dalam suasana sambutan tidak melupakan pengamalan norma baharu untuk mengekang peningkata­n kes COVID-19 di negara ini.

 ??  ?? PRIHATIN: Annuar (dua kiri) diiringi isteri mengunjung­i Ladius untuk menyerahka­n kunci rumah.
PRIHATIN: Annuar (dua kiri) diiringi isteri mengunjung­i Ladius untuk menyerahka­n kunci rumah.
 ??  ?? CSR: Rumah sumbangan SEC diserah kepada penerima.
CSR: Rumah sumbangan SEC diserah kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia