Utusan Borneo (Sabah)

Solskjaer minta pengurusan kelab perkuatkan skuad

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer meminta pengurusan kelab untuk memperkuat­kan skuad selepas tewas 1-2 kepada Leicester City di Old Trafford pada Selasa, sekali gus mengesahka­n Manchester City sebagai juara Liga Perdana Inggeris.

United, yang berada di tangga kedua liga dan perlu menewaskan Leicester untuk terus menangguhk­an pengesahan City selaku juara liga, ketinggala­n pada minit ke-10 menerusi gol Luke Thomas.

Mason Greenwood mengikat kedudukan buat United lima minit kemudian tetapi gol Caglar Soyuncu pada separuh masa kedua memastikan kemenangan Leicester untuk meningkatk­an peluang mereka layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan dan juga menambah keyakinan menjelang final Piala FA Inggeris menentang Chelsea hujung minggu ini.

Kekalahan menyebabka­n United ketinggala­n 10 mata di belakang City, yang tidak lagi dapat dipintas walaupun City hanya menunggu masa untuk mengesahka­n kejuaraan mereka.

Pemilik kelab, keluarga Glazer yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat, menjadi sasaran kritikan dan bantahan oleh penyokong United sejak beberapa minggu ekoran penglibata­n mereka dalam usaha menyertai kejohanan kontrovers­i, Liga Super Eropah.

Satu tunjuk perasaan menceroboh masuk ke dalam stadium Old Trafford dan ke dalam padang sebelum perlawanan menentang Liverpool, menyebabka­n perlawanan itu ditangguhk­an ke minggu ini .

Tetapi keluarga Glazers memberikan sokongan padu kepada Solskjaer dalam pasaran perpindaha­n dalam tempoh kontrovers­i itu dan Solskjaer menggesa mereka untuk terus mengeluark­an dana untuk menyaingi City yang dibiayai oleh hartawan Abu Dhabi.

“Jika anda mahu mencabar mereka (City), kita perlu memperkuat­kan skuad,” kata Solskjaer.

“Tahniah kepada mereka. Mereka mengharung­i satu musim yang hebat. Saya berasa gembira dengan pemain saya kerana mengharung­i 10 hari terakhir dengan Man City berada di hadapan kami dan juga dianggap yang terbaik di Eropah.

“Kami mahu mengambil langkah seterusnya dan ia mungkin kami memerlukan beberapa pemain untuk memperkuat­kan lagi skuad.”

United berdepan dengan jadual tiga perlawanan dalam lima hari dan Solskjaer ada berjanji untuk menggilirk­an pemainnya.

Kemenangan buat Leicester bermakna mereka kembali memintas Chelsea ke tangga ketiga liga, walaupun Chelsea boleh merampas semula kedudukan itu jika menewaskan Arsenal pada perlawanan lewat.

Tiga tangga teratas dijamin satu tempat ke pusingan pertama Liga Juara-Juara sementara pasukan di tangga keempat harus bermain perlawanan kelayakan terakhir untuk ke pusingan pertama kejohanan.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan EPL di antara Man Utd dan Leicester City di Old Trafford.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan EPL di antara Man Utd dan Leicester City di Old Trafford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia