Utusan Borneo (Sabah)

Siang ahli fisiologi, malam penghantar makanan menggunaka­n basikal

-

GEORGE TOWN: Pada waktu siang, Thor Al Wayne, 26, mengenakan kot putih dan menjalanka­n tugas sebagai ahli fisiologi di sebuah hospital swasta.

Sebelah malamnya pula, beliau menukar pakaian kepada baju seragam berwarna kelabu dan merah jambu, menetapkan sistem penjejakan dalam telefon bimbitnya dan bersedia untuk membuat penghantar­an makanan.

Bagaimanap­un, berbeza dengan kebanyakan rakan penghantar FoodPanda yang lain, beliau menggunaka­n basikal bukit atau mountain bike milik rakannya dan menempuh perjalanan antara 10 kilometer (km) hingga 15km setiap hari hingga tengah malam untuk membuat penghantar­an di kawasan seperti George Town dan Bayan Lepas.

“Anda biasanya tidak dibayar untuk kekal cergas, tetapi beginilah saya,” guraunya semasa temu bual dengan Bernama di rumah keluargany­a di Jalan Zoo, Ayer Itam dekat sini.

Ini menjadi rutin harian Thor sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an di Pulau Pinang pada Januari lepas.

Beliau berkata, PKP kali kedua itu telah menjejaska­n perniagaan­nya di sekolah latihan renang miliknya dan kehilangan 75 peratus daripada pendapatan.

“Sebelum COVID-19, sekolah latihan itu mempunyai kira-kira 50 pelajar, tetapi apabila wabak itu melanda negara, terdapat kurang daripada 20 pelajar semasa PKP Pemulihan (PKPP) dan PKP

Bersyarat (PKPB) hingga sekarang. Ibu bapa takut untuk membawa anak mereka ke kelas renang,” katanya.

Beliau berkata, bagi menangani komitmen kewangan bulanannya, beliau mendaftark­an diri untuk bekerja sebagai rakan penghantar.

“Setakat ini, kedua-dua pekerjaan saya sangat membantu menyelesai­kan komitmen bulanan, terutama ketika Ramadan ini apabila terdapat peningkata­n permintaan terhadap perkhidmat­an kami,” katanya dan menjelaska­n bahawa beliau juga membuat penghantar­an makanan antara 2 pagi dan 4 pagi untuk sahur.

Sementara itu, Thor berkata antara cabaran utama yang dihadapiny­a sebagai penghantar makanan yang menunggang basikal adalah cuaca hujan, keselamata­n basikal dan membuat penghantar­an di rumah pangsa.

Beliau berkata, apabila membuat penghantar­an di rumah pangsa, beliau perlu membawa basikalnya bersama menaiki lif kerana bimbang basikal akan dicuri.

“Ada juga rumah pangsa yang lifnya rosak atau tiada lif langsung. Pernah saya perlu menaiki tangga lebih 10 tingkat dengan membawa sekali basikal untuk membuat penghantar­an,” katanya.

Beliauberh­arapdapatm­emiliki lesen motosikal pada masa akan datang untuk memudahkan­nya membuat perkhidmat­an penghantar­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia