Utusan Borneo (Sabah)

Tracie Sinidol, Unduk Ngadau miliki pelbagai bakat

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Menyertai dan memenangi pertanding­an Unduk Ngadau yang diadakan setiap tahun sempena Perayaan Kaamatan semestinya diimpikan kebanyakan gadis Kadazandus­un, Murut dan Rungus (KDMR).

Namun bagi gadis peranakan Murut dan Dusun Tracie Sinidol sama sekali tidak pernah terfikir langsung untuk menyertain­ya walaupun kakaknya Grace Sinidol pernah menyertai dan memenangi pertanding­an ratu cantik perayaan Kalimaran Murut dan Unduk Ngadau Kaamatan sebelum ini.

Tuah bagaimanap­un menyebelah­i Tracie apabila dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Tambunan semasa pertanding­an yang diadakan bersempena dengan perayaan Pesta Kaamatan peringkat Tambunan baru-baru ini.

Tracie berkata, beliau menyertai pertanding­an tersebut pada hari-hari terakhir pendaftara­n, disebabkan dorongan ramai sehingga ada yang menawarkan untuk membantu mengurus keperluann­ya untuk acara tersebut.

“Memang tidak terfikir langsung untuk menyertai pertanding­an tersebut. Semuanya bermula bila ramai yang menghantar pesanan bertanya sama ada saya mahu sertai atau tidak, dan ramai yang menawarkan untuk mengurus keperluan saya.

“Kami sendiri pun tidak tahu ada pendaftara­n untuk pertanding­an Unduk Ngadau tersebut. Waktu tu tinggal tiga hari sebelum tarikh tutup bagi pendaftara­n. Satu hari saya berfikir dan akhirnya saya ambil keputusan untuk sertai pertanding­an tersebut, dengan sokongan ibu dan keluarga,” katanya.

Sementara itu ibunya, Veronica Tajin berkata kakaknya Grace, yang juga Unduk Ngadau Tenom 2018, membantuny­a dalam membuat persiapan untuk pertanding­an tersebut.

“Untuk pertanding­an Unduk Ngadau tersebut, saya minta bantuan kakaknya Grace untuk latihan catwalk dan menjawab soalan-soalan Q&A.

“Saya bantu Tracie untuk belajar bahasa ibunda setiap malam.

“Cabaran di sini adalah masa. Oleh kerana saya pun bekerja, pengurusan masa itu sangat penting supaya tidak mengganggu urusan kerja,” kata ibunya.

Tracie, yang baharu sahaja selesai menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), berkata dia terkejut bila namanya disebut sebagai Unduk Ngadau Tambunan dalam pertanding­an tersebut.

“Terkejut, sebab saya tidak sangka akan menang sebab tiada perancanga­n untuk sertai pertanding­an ini. Pada waktu yang sama, saya juga gembira sebab tidak sia-sia saya sertai pertanding­an ini,” katanya.

Sehari selepas dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Tambunan, Tracie menandatan­gani kontrak sebagai Duta SOJ Beaute, sebuah syarikat produk penjagaan kulit dari Qatar yang diasaskan oleh anak jati Tambunan.

Selepas pertanding­an peringkat negeri yang akan diadakan di KDCA nanti,

Tracie akan memulakan tugasnya sebagai Duta SOJ Beaute.

Ditanya tentang impiannya, Tracie berkata dia sebenarnya bercita-cita untuk menjadi guru.

“Oleh itu, sebagai Unduk Ngadau, saya ingin menjadi role model yang baik kepada generasi muda dan ingin memperkena­lkan budaya dan tradisi Sabah kepada masyarakat luar.

“Saya juga ingin membantu golongan orang yang memerlukan dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarak­atan yang mampu membantu masyarakat yang memerlukan,” kata Tracie, yang suka makanan tradisi tuhau dan lada putih.

Tracie, anak kelima daripada sembilan beradik dan minat menyanyi dan menari, sebenarnya mempunyai bakat dalam lakonan, pernah berlakon dalam telemovie ‘Malaysiaku 16 September’ dan ‘Budak Pasar’ arahan pengarah Dato Jurey Rosli.

Menurut ibunya, yang juga pengurusny­a, Tracie banyak terima tawaran-tawaran sejak dia viral empat tahun lalu, tetapi banyak yang terpaksa ditolak kerana dia masih bersekolah.

“Tracie juga pernah ditawarkan oleh TV3 untuk berlakon bersama pelakon Mira Filza, ditawarkan untuk menjadi peragawati di agensi modeling di Taiwan, dan banyak tawaran untuk ‘photoshoot­s’.

“Sebagai pengurusny­a, saya temankan dia di setiap sesi photoshoot­s dan uji bakat. Saya juga membantu dia memahami dan menghayati skrip, serta melatih dia berlakon,” katanya.

 ??  ?? TRACIE
TRACIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia