Utusan Borneo (Sabah)

Parlimen Keningau teruskan misi tadbir urus, pembanguna­n dan bantuan

- Oleh Henry Bating Jailan (kiri) menyampaik­an pencetak kepada Johari menyampaik­an kelengkapa­n kepada Lorenzo.

KENINGAU: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau meneruskan misi meningkatk­an tadbir urus, membangun masyarakat serta membantu golongan kurang bernasib baik.

Penyelaras DUN Bingkor Pejabat Parlimen Jailin Rose Lian memaklumka­n misi dari Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan itu disalur kepada Jawatankua­sa Pembanguna­n Kemajuan Kampung (JPKK) dan penerima secara peribadi.

“Kita terus komited memberikan kelengkapa­n pengurusan lebih cemerlang bagi urus tadbir pengurusan JPKK,” katanya.

Jailin berkata demikian ketika bersama Johari Pongod menyampaik­an alat pencetak kepada Pengerusi JPKK Kg Toboh Laut Nuil Gilong dan

Ketua Kampung Kg Singga Mata KK Allun Sinagot.

Jailin berharap alat berkenaan dapat membantu pengurusan harian JPKK yang melibatkan dokumen suratmenyu­rat, minit mesyuarat, risalah dan borang bantuan.

Pada masa yang sama Pegawai Pembanguna­n Masyarakat

Parlimen Keningau Janerowey Januarius Bundoi turut menyampaik­an sumbangan kewangan kepada seorang penduduk Kg Dangulad,

Dasmond Dinsin bagi membantu pembiayaan kos rawatan susulannya.

Dalam majlis ringkas berasingan, Johari menyampaik­an bantuan 60 kerusi dan dua meja lipat kepada Pengerusi JPKK Kg Kepayan Lama Apin-Apin Lorenzo Juli untuk kegunaan balai raya kampung berkenaan.

Sementara itu, Dr Jeffrey yang juga Timbalan

Ketua Menteri menyalurka­n sumbangan program Ihya Ramadan kepada 16 masjid dan surau yang disampaika­n oleh Ketua Biro Agama DUN Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik Mansai.

URUS TADBIR: Nuil.

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHANTAR MAKANAN: Thor menggunaka­n basikal bukit atau ‘mountain bike’ milik rakannya dan menempuh perjalanan antara 10km hingga 15km setiap hari sehingga tengah malam untuk membuat penghantar­an makanan di kawasan George Town dan Bayan Lepas.
— Gambar Bernama PENGHANTAR MAKANAN: Thor menggunaka­n basikal bukit atau ‘mountain bike’ milik rakannya dan menempuh perjalanan antara 10km hingga 15km setiap hari sehingga tengah malam untuk membuat penghantar­an makanan di kawasan George Town dan Bayan Lepas.
 ??  ??
 ??  ?? KERUSI:
KERUSI:
 ??  ?? KEWANGAN: Januarius (kiri) menyampaik­an sumbangan biaya rawatan kepada Dasmond.
KEWANGAN: Januarius (kiri) menyampaik­an sumbangan biaya rawatan kepada Dasmond.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia