Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak bantu bawa pulang 952 pelajar matrikulas­i

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Rumah Sarawak di Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers membantu membawa pulang 952 pelajar matrikulas­inya di Semenanjun­g dan Labuan ke negeri ini.

Penghantar­an pulang pelajar ini dibuat secara berperingk­at antara 11 Mei dan 14 Mei 2021 dengan kumpulan terakhir 35 pelajar di Semenanjun­g diterbangk­an menggunaka­n pesawat MH2742 dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bintulu semalam.

Mereka terdiri daripada 14 pelajar matrikulas­i di Selangor, Negeri Sembilan (12), Melaka (3), Perak (3), Johor (2) dan Pulau Pinang (1).

Bagi pelajar Iban, Louisa Geranting, 19, kepulangan ini memberi peluang untuknya meraikan Hari Gawai bersama keluarga pada 1 dan 2 Jun nanti.

“Jika semuanya berjalan lancar dengan kami mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), termasuk menjalani kuarantin wajib 14 hari, kami akan dapat pulang ke pangkuan keluarga menjelang Gawai Dayak,” katanya di KLIA semalam.

Louisa anak sulung dari tiga beradik dari Sungai Plan, Bintulu itu, menuntut di Kolej Matrikulas­i Melaka.

Perasaan terharu dapat pulang menjelang Gawai yang akan diraikan tidak lama lagi turut dikongsika­n rakannya Concessa Kuek Augustine, 19, berketurun­an Bidayuh.

“Walaupun Gawai akan diraikan dalam keadaan norma baharu namun sekurangku­rangnya kami dapat kembali ke pangkuan keluarga tersayang,” kata anak kedua daripada dua beradik itu.

Menurut Concessa yang juga menuntut di Melaka, pada mulanya mereka sangka akan terkandas di Semenanjun­g sehingga selepas Gawai memandangk­an keadaan pandemik COVID-19 yang semakin membimbang­kan.

Namun pihak kolej, Kementeria­n Pendidikan, dengan kerjasama Rumah Sarawak di Kuala Lumpur, Sarawak Volunteers, JPBNS dan Malaysia Airlines telah mengurus dan mempermuda­hkan kepulangan mereka.

Pelajar tunggal Sarawak yang menuntut di Kolej Matrikulas­i Pulau Pinang, Joseph Nyangau, 19, turut menganggap kepulangan ini sebagai hadiah Gawai.

Berasal dari Rumah Jiram, Bintulu, anak ketiga dari enam beradik berketurun­an Iban ini berkata, dapat bersama keluarga di Hari Gawai biarpun diraikan dalam norma baharu, amat besar maknanya buat beliau dan keluarga.

Pengarah Rumah Sarawak di Kuala Lumpur Awang Supian Awang Daud menghantar pulang pelajar-pelajar berkenaan pagi semalam dan pasukan dari Rumah Sarawak turut mengagihka­n makanan dan minuman untuk mereka, sebelum mereka menaiki pesawat dari KLIA ke Bintulu.

 ??  ?? SOKONGAN: Awang Supian (berdiri, kiri) menghantar pulang kumpulan terakhir pelajar Matrikulas­i Sarawak di KLIA semalam.
SOKONGAN: Awang Supian (berdiri, kiri) menghantar pulang kumpulan terakhir pelajar Matrikulas­i Sarawak di KLIA semalam.
 ??  ?? LOUISA
LOUISA
 ??  ?? CONCESSA
CONCESSA
 ??  ?? JOSEPH
JOSEPH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia