Utusan Borneo (Sabah)

Polis dilontar mercun selepas minta orang ramai bersurai Letupan dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar terhadap polis

-

MELAKA: Lelaki yang disyaki membunuh bekas abang iparnya di Kampung Berangan Enam, Jasin pada pagi Aidilfitri kelmarin direman tujuh hari bermula semalam.

Perintah reman hingga 20 Mei ke atas penganggur berusia 32 tahun itu dikeluarka­n Majistret Lee Kim Keat di Mahkamah Ayer Keroh di sini bagi membolehka­n siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka ACP

Mohd Sukri Kaman berkata, suspek ditahan pada jam 6.30 petang kelmarin di sebuah masjid berhampira­n lokasi kejadian ketika cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal.

“Ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphet­amine selain mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kelmarin, seorang lelaki berusia 36 tahun dilaporkan maut, dipercayai akibat ditikam bekas adik iparnya.

Kejadian berlaku pada kira-kira 7.30 pagi ketika suspek datang ke rumah mangsa untuk mengambil dua orang anak perempuann­ya yang berusia lapan dan 10 tahun daripada bekas isterinya yang turut tinggal di rumah itu.

Namun dilaporkan berlaku pertengkar­an di antara suspek dan bekas isterinya menyebabka­nmangsacam­pur tangan dan cuba menenangka­n suspek, sebelum dia ditikam di rusuk kanan dengan pisau yang dibawa oleh suspek. — Bernama

KUALA LUMPUR: Sepasukan anggota polis dilontar mercun ketika cuba menghentik­an kirakira 200 penduduk kerana membakar bahan tersebut secara terbuka, di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul di sini awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.50 pagi dan apabila tiba di lokasi, keadaan menjadi sangat tegang dengan letupan mercun tidak terkawal dan memberi amaran agar perbuatan tersebut dihentikan, namun tidak diendahkan.

“Semasa pihak polis sedang

SEREMBAN: Polis menafikan penularan gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaa­n operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman menyuraika­n orang ramai yang berkumpul, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir mengenai pihak polis yang sedang bertugas.

“Letupan dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar terhadap polis dan setelah itu orang ramai

berkata, sebaliknya ia merupakan gambar pemeriksaa­n rumah ke rumah pada Hari Raya pertama Aidilfitri di kawasan perumahan di Nilai Impian, Nilai, kelmarin.

“Gambar itu telah disalah tafsir sebagai tindakan kompaun. Kejadian sebenar adalah polis melakukan tinjauan bersama dengan pihak media untuk melihat kadar pematuhan penduduk segera beredar dari kawasan itu. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis berjaya mengawal tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil, terhadap SOP Aidilfitri di kawasan berkenaan.

“Dalam tinjauan itu, kami mendapati kadar pematuhan penduduk di kawasan perumahan berkenaan berada pada tahap tinggi dan tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam. kerana menakutkan secara jenayah dan larangan ke atas pemasangan bunga api yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahter­aan serta keharmonia­n di Kuala Lumpur, sambil menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu ingkar.

Beh meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubung­i Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 0340482206. — Bernama

Semasa pihak polis sedang menyuraika­n orang ramai yang berkumpul, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir mengenai pihak polis yang sedang bertugas.

Gambar tular di Twitter itu memaparkan pemilik akaun ‘No War But Class War’ menaik status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian. Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K.

Jelasnya, orang ramai dinasihatk­an agar menghentik­an sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial. — Bernama

 ??  ?? PADAH DITERIMA: Anggota polis mengiringi seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Ayer Keroh semalam atas tuduhan membunuh bekas abang iparnya di Kampung Berangan Enam, Jasin pada pagi Aidilfitri kelmarin.
PADAH DITERIMA: Anggota polis mengiringi seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Ayer Keroh semalam atas tuduhan membunuh bekas abang iparnya di Kampung Berangan Enam, Jasin pada pagi Aidilfitri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia