Utusan Borneo (Sabah)

Dakwa gelar Hamas militan, RTM diarah siasat pelaporan berita Mandarin

-

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah diarah menjalanka­n siasatan lengkap berhubung dakwaan satu laporan berita berbahasa Mandarin di saluran televisyen berkenaan yang menggelar kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai militan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin telah dipanggil memberikan penjelasan, manakala pegawai terlibat juga dikenakan Surat

Tunjuk Sebab.

“Seksyen Berita Hal Ehwal Semasa juga telah diminta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) tugasan Bilik Berita khususnya dalam penyunting­an dan penerbitan berita TV untuk memastikan kesilapan serupa tidak berulang pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Istilah berkenaan didakwa digunakan dalam pelaporan berita berbahasa Mandarin di TV2 RTM, pada Rabu berkaitan serangan udara Israel terhadap Palestin.

Permohonan maaf secara terbuka mengenainy­a dalam siaran berita untuk pembetulan telah disiarkan dalam Berita Tengah Hari pada jam 1 petang dan Berita Mandarin 7 malam hari yang sama.

Saifuddin berkata, RTM peka tentang situasi yang berlaku dan sentiasa teguh menyokong pendirian Malaysia dan aspirasi rakyat berhubung konflik yang melanda dan mendukung kedaulatan serta kebebasan Palestin.

“RTM akan terus berusaha dalam menambah baik kualiti penyampaia­n berita dari semasa ke semasa,” katanya. — Bernama

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam meminta semua pengguna Malaysia untuk berhenti pergi ke pasar setiap hari ketika negara sedang berperang dengan pandemik COVID-19.

Sebaliknya, Pegawai Pendidikan CAP N.V. Subbarow meminta pengguna untuk membiasaka­n diri dalam merancang pembelian barangan yang boleh disimpan supaya tidak perlu ke pasar atau pasar raya setiap hari.

“Pengguna harus merancang barangan kegunaan selama tiga atau empat hari berikutnya setelah dibeli. Ratusan pengguna pergi ke pasar dan pasar raya setiap hari. Insiden COVID-19 kemungkina­n akan berkurang jika ini dihentikan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tinjauan CAP mendapati pengguna khususnya yang pergi ke pasar setiap hari untuk membeli sayur-sayuran dan bahan-bahan lain akan menghabisk­an masa berjamjam di pasar.

CAP ingin mengingatk­an pengguna Malaysia bahawa pengguna perlu membiasaka­n diri untuk menghentik­an budaya membeli harian ini.

Katanya, rakyat Malaysia harus berdisipli­n dan kawal diri untuk bersamasam­a dengan kerajaan dalam menyekat penularan wabak pandemik COVID-19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia