Utusan Borneo (Sabah)

Ikan bekok tambah selera ketika buka puasa, sahur di Kelantan

-

KOTA BHARU: Seorang pengusaha ‘ikan bekok’ (ikan bengkak) meraih pendapatan berganda dan tidak menang tangan apabila permintaan pelanggan terhadap hidangan pembuka selera itu terus meningkat sepanjang Ramadan kali ini.

Nor Azreena Mohd Nor, 37, mengusahak­an ikan bekok sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, bermula sekitar 50 kilogram (kg) sebulan, permintaan terus meningkat mencecah 150kg pada Ramadan kali ini.

Katanya idea untuk membuat ikan bekok tersebut tercetus, setelah beliau memikirkan cara untuk meningkatk­an pendapatan keluarga dalam tempoh pandemik COVID-19.

“Tak sangka pula mendapat sambutan berganda berbanding sebelum ini, proses hanya 50 kg ikan sahaja purata sebulan.

“Pada bulan puasa seperti sekarang, pelanggan gemar makan ikan bekok untuk berbuka, malah ia membuka selera ketika bersahur, kerana ada kecapan rasa masin, lemak ditambah pula adanya bawang dan cili goreng serta perahan asam limau,” katanya ketika ditemui di gerai Ikan Bekok Kadok di Kampung Berangan Jalan Kota Bharu-Ketereh, di sini.

Bercerital­anjut,NorAzreena untuk menyediaka­n ikan bekok tersebut, beliau mempunyai dua cawangan iaitu di Kadok dan Tanah Merah, dibantu tujuh pekerja untuk menyiang ikan segar dengan membelah perut, kemudian ikan itu direndam di dalam air garam semalaman.

“Pada keesokan hari, air garam tadi dibuang dan ikan kemudian direndam ke dalam air biasa selama empat jam untuk menghilang­kan rasa masin berlebihan. Selepas itu barulah dijemur selama tiga hingga lima jam, bergantung kepada tahap cuaca panas.

“Sebaik sahaja ikan ini dijemur mengikut tempohnya, kita perlu angkat dan terus dimasukkan ke dalam peti, bagi membolehka­n penyimpana­n lebih lama sehingga tiga minggu,” katanya yang berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan

Universiti Islam Antarabang­sa (UIA).

Nor Azreena berkata bekalan ikan segar diambil daripada pembekal di Tok Bali, Pasir Puteh Geting, Tumpat, Jelawat dan Bachok.

“Antara jenis ikan bekok yang dihasilkan termasuk gelama bongkok, gelama gigi, cencaru, layur, talang, selar kuning dan ‘butir nako’, manakala ikan kering seperti tamban, pari, pelata serta bulu ayam, yang dijual dari harga RM18 hingga RM45 sekilogram bergantung kepada jenis ikan. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia