Sancho dan Haaland masing-masing jaringkan dua gol untuk jamin kemenangan bergaya 4-1 ke atas RB Leipzig di final
BERLIN: Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland masing-masing menjaringkan dua gol pada Khamis ketika Borussia Dortmund menjulang trofi Piala Jerman dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas RB Leipzig, sekali gus memusnahkan impian, Julian Nagelsmann menamatkan tugas sebagai jurulatih Leipzig dengan kejuaraan.
Dortmund beraksi cemerlang di Stadium Olimpik di Berlin, menyempurnakan semua tiga peluang mereka dalam separuh masa pertama ketika Sancho menjaringkan dua gol di antara gol cantik Haaland.
“Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat menjaringkan dua gol dan mengumpan satu gol untuk Haaland,” kata Sancho.
Pemain sayap antarabangsa England itu hampir menjaringkan hatrik selepas mengelecek melepasi penjaga gol Leipzig, Peter Gulacsi tetapi gagal melakukan penyudah kemas.
Dani Olmo merapatkan kedudukan buat Leipzig sebelum Haaland melengkapkan jaringan pada minit akhir permainan.
Dortmund menjulang trofi Piala Jerman buat kali kelima dalam sejarah kelab.
“Ia luar biasa, saya berasa bangga dengan moral ditunjukkan pasukan dalam beberapa minggu yang lalu,” kata kapten Dortmund, Marco Reus ketika Dortmund juga
RAIKAN BERSAMA:
kembali ke slot kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.
Kekalahan menamatkan impian Nagelsmann memenangi kejuaraan pertama beliau di peringkat senior dalam kerjayanya sebagai jurulatih sebelum menyertai
Bayern Munich pada musim hadapan.
RB Leipzig, yang hanya ditubuhkan pad 2009, juga memburu kejuaraan pertama mereka selepas turut tewas di final Piala Jerman pada 2019 kepada Bayern.
“Saya berasa bangga dengan pasukan tetapi ia tidak menggembirakan untuk tewas di final,” akui Nagelsmann.
“Kami agak pasif ketika menyerang dan selepas ketinggalan 3-0, ia sukar untuk bangkit semula.”
Haaland kembali ke dalam kesebelasan utama Dortmund selepas kecederaan menyebabkan beliau tidak beraksi pada dua perlawanan terakhir, termasuk kemenangan 3-2 ke atas Leipzig dalam Bundesliga Jerman.
Sancho, yang juga menjaringkan dua gol pada Sabtu lepas, meletakkan Dortmund di hadapan seawal minit kelima permainan sebelum Haaland menjaringkan gol kedua pada minit ke-28.
Leipzig mengambil masa tujuh minit sebelum rehat untuk mencipta satu peluang dengan cubaan Alexander
Sorloth hanya menerjah luar jaring.
Sancho menjaringkan gol kedua peribadi beberapa saat sebelum rehat apabila menolak bola ke pintu gol yang terbuka luas.
Leipzig meningkatkan permainan dalam separuh masa kedua dan dengan ketinggalan 0-3, Nagelsmann menukar kedua-dua penyerang, Sorloth dan Hwang Hee-chan untuk Yussuf Poulsen dan Christopher
Nkunku, yang membuat impak segera.
Nkunku melihat cubaannya terkena palang sebelum dua cubaan Poulsen sedikit tersasar. Olmo akhirnya merapatkan kedudukan buat Leipzig pada minit ke-71 dengan rembatan dari hujung kotak penalti.
Harapan Leipzig untuk bangkit sekali lagi berakhir apabila Haaland menjaringkan gol kedua peribadi dan gol keempat pasukannya pada minit akhir. — AFP
Ia luar biasa, saya berasa bangga dengan moral ditunjukkan pasukan dalam beberapa minggu yang lalu.