Utusan Borneo (Sabah)

Kluster baharu dilaporkan melibatkan komuniti kampung

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu COVID-19 dilaporkan pada 13 Mei 2021 melibatkan komuniti dalam kampung.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Kongsi Lapan di Tawau melibatkan komuniti di Kampung 8.

“Kes indeks merupakan seorang wanita, 45, yang telah disahkan positif melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Tawau pada 7 Mei lepas.

“Turut dikesan positif COVID-19 ialah sepupu yang tinggal serumah dengan kes indeks. Berdasarka­n rekod pergerakan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri solat Tarawih dan pengagihan moreh sepanjang bulan Ramadan bermula 29 April hingga 6 Mei lalu di Masjid Baitul Farihin, Kampung 8,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, daripada 56 orang yang disaring, sembilan didapati positif menjadikan jumlah terkini bagi kluster ini ialah 11 kes.

Manakala katanya, 34 sampel lagi masih menunggu keputusan. Aktiviti pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih disiasat.

Dalam pada itu, Masidi berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 13

Mei 2021 adalah sebanyak 76 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,149 kes.

“Dua kes kematian direkodkan iaitu masingmasi­ng satu kes di Sandakan dan satu Lahad Datu.

“Seramai 51 orang telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif 57,968 orang. Seramai 571 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 244 orang di hospital dan 327 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

“Bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi pula ialah 33 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Sementara itu katanya, sejumlah 53 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaa­n 22,322 buah kenderaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 65 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarka­n seluruh Sabah.

“11 orang tidak memakai pelitup muka, 19 orang gagal menyediaka­n peralatan atau merekod butiran pelanggan dan 35 orang rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran,” katanya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia