Utusan Borneo (Sabah)

Dr Jeffrey beri pandangan akademik, fakta sejarah Sabah, Sarawak, Malaysia

- Oleh Henry Bating

KOTA KINABALU:

Perlembaga­an Persekutua­n Baharu yang disebutkan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam forum awam secara dalam talian adalah rumusan akademik berasaskan sejarah untuk bahan pemikiran kalangan penggubal dasar di negara ini.

Ketua Bahagian STAR Karambunai Kapitan Stephen Teo berkata, Dr Jeffrey mengeluark­an pandangan berasaskan soalan akademik yang dirakam dalam video bagi tayangan forum berkenaan untuk percambaha­n minda kalangan peserta.

“Namun ketika pandangan Dr Jeffrey berkaitan Perlembaga­an Persekutua­n Baharu diulas pihak tertentu, maka wujud salah faham sehingga memberi gambaran sepertinya pandangan itu ditujukan kepada menteri berkaitan MA63 di Putrajaya,” katanya.

Stephen yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menegaskan, forum di mana Dr Jeffrey menyalurka­n pandangan tentang Perlembaga­an Persekutua­n Baharu dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Forum bertajuk ‘Beyond the 2020 Sabah Pool: Sabah

Moving Forward’ itu dianjurkan Pertubuhan Pemerkasaa­n dan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEEDS) yang disertai kalangan ahli akademik dan aktivis termasuk Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking.

Stephen seterusnya menyentuh kandungan pandangan Dr Jeffrey yang menyebutka­n bahawa Perlembaga­an Malaysia yang ada sekarang adalah hasil adaptasi Perlembang­aan Persekutua­n Tanah Melayu 1957.

Justeru, Dr Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau melihat Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu 1957 hanya sekadar ditukar nama menjadi Persekutua­n Malaysia selepas pembentuka­n negara yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, fakta tersebut turut dibincangk­an dalam pelbagai kajian sejarah negara ini termasuk buku ‘Dari Persekutua­n Borneo kepada Persekutua­n Malaysia’ yang dikaji oleh Dr Saimin Ginsari.

Menurut Stephen, kenyataan yang ditegaskan Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah adalah jelas iaitu ‘Persekutua­n Malaysia hendaklah merangkumi aspirasi bersama antara Malaya, Sabah dan Sarawak sebagai tiga wilayah setaraf’.

Stephen menambah, pandangan Dr Jeffrey pada umumnya ditujukan kepada kalangan penggubal dasar di negara ini yang mana Darell sendiri menanggapi kenyataan itu sebagai wajar mendapat sokongan kalangan Ahli Parlimen dari Sabah.

Berikutan pandangan yang disuarakan Dr Jeffrey, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Dr Maximus Ongkili menyatakan tiada keperluan untuk merangka draf perjanjian baharu bagi menggantik­an Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memperuntu­kkan Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya dalam membentuk Malaysia.

Menurut Dr Maximus yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), kerajaan sekarang sudah menguruska­n ‘kecacatan’ dan memperbaik­i perkara yang telah dikenal pasti oleh jawatankua­sa kerja di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).

Stephen menyimpulk­an bahawa pandangan Dr Jeffrey lebih bersifat akademik, berdasarka­n fakta sejarah dan mengajak kalangan Ahli Parlimen untuk mengambil langkah bersama sebagai penggubal dasar tertinggi di negara ini.

 ??  ?? STEPHEN TEO
STEPHEN TEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia