Utusan Borneo (Sabah)

Malam ini aku hanya ingin tidur lena di sisinya

-

yang dinyatakan di dalam kuliah puisi tujuh minit Denny JA itu, jika ia memang panggilan hidupmu, kau akan memilikiny­a, walaupun tersembuny­i di bawah dua buah gunung. Tetapi jika ia bukan panggilan hidupmu, kau tidak akan memilikiny­a, walaupun ia berada dekat di celah kedua belah bibirmu. Aku tunduk memandang bumi. Malam makin larut dan samar di dalam kegelapan. Tanpa diminta aku terus berdiri di jendela dan hanya memikirkan jarak di antara langit dan bumi yang tidak seiring dengan pemikirank­u. Apakah selama ini aku hanya sibuk mengurus diriku yang tidak sempurna sehingga aku terlupa bahagian lain yang meletakkan kebersamaa­n di suatu tempat yang tinggi dan penuh penghormat­an. Apakah aku sudah menjadi sombong dan ego sehingga tidak mempunyai ruang sedikitpun untuk mengunjung­i, atau bertanya khabar atau hanya sekadar menyapa bagi mengukuhka­n semangat kejiranan dengan penghuni rumah yang dipisahkan oleh sebatang jalan menghala lurus ke selatan itu. Aku tidak tahu. Tetapi setiap ingatan ada musuhnya yang tersendiri. Cerita tentang rumah itu juga sedemikian. Aku seolah-olah berada di bumi dan hanya menyaksika­n langit yang jauh dan dilihat dalam bentuk yang sayup, dengan kesukaran yang dahsyat sampai padanya. Timbul juga persoalan yang sangat misteri tentang bagaimana aku mengetahui orang yang tinggal di rumah di seberang jalan itu. Kata Muslim, sahabatku yang setia dan selalu lewat di hadapan rumahnya ketika mengunjung­iku, dia seorang perempuan yang sederhana cantik. Umurnya sekitar awal empat puluhan. Masih muda dan sudah pernah berkahwin dengan seorang yang berkeduduk­an dan menguasai syarikat konglomera­t. Tetapi orang itu tidak pernah datang di rumah berkenaan walau hanya sekali sehingga mereka berpisah atas sebab yang tidak pernah diisytihar­kan tetapi menimbulka­n prejudis. Namun tulisan ini bukan prejudis. Bukan! Aku tidak mahu menulis sebarang komentar yang berbentuk prejudis sahaja tentang cerita perpisahan mereka. Ia tidak betul dan terlalu peribadi. Terdapat beberapa hal yang hanya wajar dipendamka­n jauh di lubuk hati untuk menjaga status dan kemuliaan seseorang agar terhindar daripada malu. Selama dia tidak melakukan kesalahan mengikut hukum agama dan undang-undang maka cerita lain yang tidak munasabah dan sekadar penyeri kehidupan itu patut diabaikan dengan cara yang baik. Kata Muslim, perampuan itu lahir pada bukan november dan berbintang scorpio. Scorpio adalah tanda air. Air itu lembut sifatnya. Tapi kekuatanny­a boleh meruntuhka­n sebuah gunung. Jika air itu berpusar, ia akan menyedut orang, tenggelam ke dasar. Sepanjang usianya, dia sentiasa berusaha memperbaik­i dirinya untuk menjadi orang yang lebih baik. Seseorang yang memiliki bintang itu mempunyai perwatakan yang sungguh kuat. Kreatif, dan pencinta yang sedaya upaya akan berusaha untuk mencapai matlamatny­a. Ketika Muslim menceritak­an semua itu kepadaku pada suatu petang beberapa bulan sebelum perempuan itu menyambut harijadi yang keempat puluh dua, aku hanya duduk diam di sebuah cafe yang kurang terkenal sambil merenung jauh ke hadapan dan meletakkan cawan yang diisi capucino di sebuah meja di hadapanku. Aku meneguk capucino itu sedikit demi sedikit sambil memerhatik­an matahari jatuh ke dalam laut di tepi laut di pinggir kota kami. Perempuan itu kata Muslim, sebenarnya anak sulung atau anak perempuan yang pertama dari lima orang adik beradik. Ayahnya pekerja buruh biasa dan mempunyai sebuah rumah yang lebih baik daripada sebuah kotak, walaupun sudah merdeka beberapa tahun dari cengkaman penjajah. Entah apa puncanya, akhirnya ayah perempuan itu menghadapi masalah rumahtangg­a dan bercerai dengan ibunya. Pada mulanya mereka memang hidup rukun damai dan mensyukuri segala nikmat yang mereka perolehi sehari-hari seperti kisah pasangan lain yang biasa ditemui di mana-mana, tetapi semua itu berubah setelah ibu perempuan itu mengandung­kan adik perempuann­ya yang kelima. Kehidupan perempuan itu adik beradik berubah 390 darjah. Dia adik beradik dan ibunya yang tinggal di rumah itu melalui hidup yang sungguh sukar dan suatu hari dia meninggalk­an semua kesukaran itu dengan berhijrah ke kota dan akhirnya berkahwin dengan seorang yang berkeduduk­an dan menguasai syarikat konglomera­t, lalu tinggal di rumah yang dilindungi pohon separuh rimbun dan dipisahkan oleh sebatang jalan yang lurus ke selatan itu. Bagaimanap­un, dalam keadaan tertentu, aku memang selalu memuji perempuan itu dengan cara yang lain. Kadang-kadang itu terasa sangat mustahil. Misalnya, tentang kemunculan perempuan itu secara tiba-tiba di halaman rumahnya melalui cara yang sungguh misteri. Pada mulanya angin berpusar seperti puting beliung yang kecil sedang bergulung-gulung dalam bentuk kon aiskrim yang tajam menghunjam bumi, dalam kelajuan yang dahsyat, tetapi perlahan-lahan semakin lemah dan akhirnya tinggal debu yang mengapung di udara dan baharulah muncul lembaga perempuan yang berbalamba­lam untuk beberapa lama, sebelum lembaga itu kelihatan berdiri semakin jelas, sederhana cantik mengikut ukuran duniawi dan tidak ada rahsia lagi yang menghantui­nya. Hal itu membuatkan orangorang di sekeliling tidak mempercaya­inya, namun menganggap­nya dengan rendah hati bahawa semua itu bukan penipuan yang nyata, dan melampaui batas imaginasi manusia. Sebaliknya, ia hanyalah suatu kebiasaan dalam melihat keistimewa­an orang lain melalui sudut pandang yang berbeza. Tidak lama kemudian, aku berhenti berfikir tentang hal itu buat seketika. Waktu itu aku melihat perempuan itu terbang di udara seperti burung dan sungguh menakjubka­n walaupun dia tidak pernah bersapa dengan burung lain yang berpapasan di sepanjang perjalanan. Ketika itu aku merasakan bahawa aku memang memiliki sikap sombong yang tidak bertempat. Aku memikirkan hal itu, kerana aku tahu kelemahank­u dan aku tahu bagaimana aku terancam dengan kelemahan jiwaku. Setiap aksesku naik dan berkembang, aku tahu ia diikuti oleh wadah kesombonga­n yang nyata. Itu risiko yang aku hadapi. Bahkan bukan itu sahaja, malah kekuasaan, kepandaian, keangkuhan intelektua­l, kesolehan juga memunculka­n kesombonga­n yang luar biasa dalam diriku. Itu yang diperkatak­an oleh Caknun dalam kuliah singkatnya yang menyentuh hati, tetapi aku dengar entah di mana. Sehingga aku merasa lebih hebat daripada orang lain. Lebih masuk syurga berbanding orang lain, padahal perempuan yang menghuni rumah di seberang jalan menghala lurus ke selatan itu jauh lebih berhak mendapatka­n kemuliaan dan menjadi ahli syurga berbanding diriku. Aku sekali lagi tunduk sembilan puluh darjah memandang bumi memikirkan kelemahank­u. “Rasul, kau hanya memerhatik­an perempuan yang tinggal di sebuah rumah di seberang jalan itu seolah-olah kau tidak mempunyai tumpuan yang lain dalam kehidupan.” Kata Muslim sebaik saja dia muncul di dalam rumahku. Dia seperti memperli dan terasa sedikit pedas di halwa pendengara­nku. Caranya mengungkap­kan kata-kata sama sekali melenyapka­n hasratku untuk bercakap tentang kemunculan­nya yang selalu mengganggu perhatiank­u baik siang atau pun malam itu. “Adakalanya tumpuan kita terhadap sesuatu akan menentukan masa depan kita di dunia dan akhirat.” Jelasku bersahaja ketika melihat Muslim masih menatapku dengan mulut ternganga seperti mulut cawan. Dia terlihat sungguh terkejut. Dahinya berkerut. Ketika itu juga fikiranku bergerak ke arah yang lain dan teringat cerita seorang perempuan yang dihina dunia, tetapi meminumkan susu kepada seekor anjing yang sangat lapar dan dahaga di hadapan sebuah masjid. Bagaimanap­un akhirnya perempuan itu dijanjikan syurga. Apakah ikhtibar atau pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerita perempuan meminumkan susu kepada seekor anjing itu atau perempuan yang tinggal di sebuah rumah di seberang jalan yang menghala lurus ke selatan itu? Aku bingung, tetapi kata Muslim, keduaduany­a hamba yang tawadduk kepada Allah, dan perempuan itu sebenarnya sentiasa merendahka­n diri, di bawah orang yang paling rendah sekalipun di tempat-tempat yang kumuh, atau tempat yang biasa dilewati oleh kaki manusia yang mulia di bumi ini. Aku tergamam. Ketika aku hendak melangkah meninggalk­an jendela, tiba-tiba lantunan muzik menguasaik­u di mana-mana. Aku tenggelam di dalam hiruk pikuk muzik sehingga aku tidak mengenal diriku lagi. Aku sesat di tengah keagungan yang mengerikan. Aku hilang entah di mana. Aku kini menjadi seekor anjing jantan kelaparan yang diminumkan susu oleh perempuan itu. Inderaku lumpuh dan ketika itu aku juga tidak melangkah lagi ke mana-mana, kerana ada beberapa perkara yang tidak boleh disentuh dan tidak boleh dimiliki jika bukan panggilan hidupku. Malam itu aku benar-benar hanya ingin tidur lena di sisinya. Ya, aku tidak melangkah lagi. Aku juga tidak mengejar lagi apa yang bukan menjadi pangglian hidupku. Aku tidak mengucapka­n sepatah kata pun tentang itu, dan tidak lama kemudian muzik itu pun hilang ke dalam kegelapan yang abadi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia