Utusan Borneo (Sabah)

Tenaga pengajar komited asah potensi remaja B40

- Oleh Aimy Mohamed Yusoff

Artikel ini adalah bahagian kedua daripada dua siri rencana sempena Hari Belia Nasional yang jatuh pada 15 Mei

SESI

pembelajar­an selama 10 jam setiap hujung minggu adalah saat yang dinantinan­tikan setiap guru dan pelajar yang mengikuti kelas kemahiran yang disediakan di bawah Program GENIUS Remaja.

Menurut guru kelas kemahiran kek dan pastri, Nur Aliya Md Zin, selain mengajar kemahiran yang ditetapkan menerusi program itu, mereka juga bertanggun­gjawab menerapkan nilai positif di samping mencungkil bakat dan potensi yang ada dalam diri peserta.

“Sebenarnya mereka mempunyai banyak bakat dalam diri. Kami akan asah daripada asas sampailah ke tahap yang ‘advance’.

“Dari situ kita akan nampak remaja yang berpotensi. Jika ada yang ketinggala­n, kita akan ajar lagi dan hasilnya sentiasa akan nampak positif. Contohnya, mungkin daripada sepuluh peserta, lima akan boleh buat kek, pastri dan biskut sampai mampu untuk dijual,” katanya.

Guru kelas vokal dan muzik, Shahrol Bahri Shaarani pula berpendapa­t kebanyakan peserta program yang mengikuti kelasnya memiliki bakat tersendiri dalam bidang nyanyian dan bermain alat muzik.

“Nyanyianme­rekamemang bagus, cuma mereka ini tiada peluang, kadang-kadang mereka berhadapan dengan masalah kewangan. Justeru menjadi tanggungja­wab kami sebagai guru untuk memberi panduan ke mana mereka boleh pergi dengan bakat yang ada,” katanya.

Ketua Pusat Pemerkasaa­n

Remaja (PERKASA),Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nasrudin Subhi berkata, pelaksanaa­n program GENIUS Remaja memberi impak tinggi khususnya kepada remaja berisiko B40 yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Kalau kita perhatikan kawasan PPR agak sempit, kurang ruang dan remajarema­ja ini juga kurang mendapat peluang. Kami menyediaka­n ruang dan peluang itu di sini,” katanya.

LOKASI SELAMAT UNTUK REMAJA

Jelas beliau, pusat komuniti GENIUS Remaja yang disediakan di PPR juga menjadi lokasi selamat bagi remaja ini.

Tiada isu tentang pengangkut­an atau keselamata­n pelajar untuk datang ke sini kerana mereka hanya perlu turun dari kediaman masing-masing ataupun datang dari blok yang berdekatan untuk melaksanak­an aktiviti.

Malah katanya, suasana selamat menjadi matlamat asal penubuhan program iaitu untuk menghindar­kan remaja B40 ini terlibat dengan aktiviti berisiko dan memenuhi waktu hujung minggu mereka dengan aktiviti bermanfaat.

Setakat ini PERKASA telah membangunk­an empat pusat komuniti GENIUS Remaja di kawasan perumahan di Kuala Lumpur iaitu PPR Seri Pantai, PPR Pantai Ria, Perumahan Awam Desa Rejang dan PPR Kg Muhibah.

KEJAYAAN PROGRAM GENIUS REMAJA

Sejak penubuhann­ya 11 tahun lalu, Dr Nasrudin berkata Program GENIUS Remaja telah berjaya menarik penyertaan 6,798 remaja berisiko B40 bermula dari usia 13 hingga 19 tahun mengikuti empat jenis kelas kemahiran iaitu kek dan pastri; fotografi; solekan dan ‘button badge’.

Katanya, menerusi analisis yang dilakukan pada tahun 2019 terhadap prestasi kehidupan peserta yang telah menyertai GENIUS Remaja, hampir 60 peratus peserta program berjaya melanjutka­n pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), sekitar 27 peratus pula memulakan aktiviti keusahawan­an sendiri dan selebihnya terus ke alam pekerjaan.

Menurut Dr Nasrudin, ia merupakan salah satu kejayaan besar buat program ini yang mana mereka kini menjadi ‘ejen perubahan’ terhadap usaha membentuk jati diri peserta.

Selain itu katanya, ada peserta yang memilih untuk menjadi usahawan berbekalka­n kemahiran yang dipelajari.

“Contohnya sejak 2017 sehingga kini, setiap kali menjelangn­ya Hari Raya, peserta kelas kek dan pastri akan bersama-sama membuat hamper raya berisi pelbagai biskut raya yang dihasilkan sendiri untuk dijual.

“Lebih signifikan apabila seramai 12 alumni GENIUS Remaja yang telah mahir dalam sesuatu bidang turut dilantik sebagai tenaga pengajar profesiona­l,” katanya.

Menurut Dr Nasrudin, meskipun program GENIUS Remaja ditubuhkan sejak 2010, kewujudann­ya masih lagi kurang diketahui masyarakat umum.

KEMBANGKAN SAYAP GENIUS REMAJA

Beberapa langkah sedang diambil oleh Bahagian GENIUS, Kementeria­n Pendidikan dan PERKASA, UKM untuk meningkatk­an lagi penglibata­n organisasi dalam memperkasa­kan program melibatkan remaja berisiko B40 ini.

“Bermula 2021 ini, kita lancarkan Kempen Impian Remaja ke arah penambahba­ikan kaedah bantuan dalam pembanguna­n golongan remaja berisiko B40 yang bermatlama­t mewujudkan platform khas kerjasama antara pihak kerajaan, korporat dan komuniti,” katanya.

Buat masa ini, beberapa rakan industri yang telah bersama-sama memperkasa­kan remaja berisiko ini antaranya EXIM Bank, Atomy Malaysia, Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), Tenaga Nasional Bhd, Central i-City Shopping Centre dan Sri Hartamas Shopping Centre dengan bantuan Topaz Care Sdn Bhd.

Selain itu, PERKASA turut menganjurk­an program secara maya pada Februari lepas iaitu Pameran Foto GENIUS Remaja bagi mempamerka­n hasil kreatif dan bakat golongan remaja berisiko B40 dalam kalangan remaja PPR.

Pada perkembang­an sama, Dr Nasrudin berkata mereka sedang berusaha membuka sebuah lagi pusat komuniti GENIUS Remaja di PPR sekitar Kuala Lumpur.

“Sekarang ini kami bekerjasam­a dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang dalam peringkat akhir mengenal pasti PPR itu,” katanya.

Beliau turut mengalualu­kan lebih banyak rakan kolaborati­f untuk tampil bekerjasam­a dengan PERKASA melaksanak­an program ini di lokasi lain seperti di negeri-negeri, kawasan FELDA ataupun di kawasan pendalaman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CARA SOLEK MUKA: Narazah (kiri) menunjukka­n cara mewarnakan kelopak mata dengan betul kepada pelajar program solekan Genius Remaja, Nurin Syafiqah Mohd Asri (kanan) ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini.
— Gambar Bernama CARA SOLEK MUKA: Narazah (kiri) menunjukka­n cara mewarnakan kelopak mata dengan betul kepada pelajar program solekan Genius Remaja, Nurin Syafiqah Mohd Asri (kanan) ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? SESI PELAJARAN: Mohd Shuri (berdiri) memberi penerangan kepada para pelajar tentang program fotografi Genius Remaja ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini.
— Gambar Bernama SESI PELAJARAN: Mohd Shuri (berdiri) memberi penerangan kepada para pelajar tentang program fotografi Genius Remaja ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? AMBIL GAMBAR: Muhammad Aizuddin (kiri) bersama rakannya cuba mengambil gambar ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini.
— Gambar Bernama AMBIL GAMBAR: Muhammad Aizuddin (kiri) bersama rakannya cuba mengambil gambar ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK AJAR: Nasrudin (kanan) melihat para pelajar menggunaka­n kamera di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini.
— Gambar Bernama TUNJUK AJAR: Nasrudin (kanan) melihat para pelajar menggunaka­n kamera di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? MEWARANA KELOPAK MATA: Narazah (kiri) menunjukka­n cara mewarnakan kelopak mata dengan betul kepada para pelajar program solekkan Genius Remaja ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini.
— Gambar Bernama MEWARANA KELOPAK MATA: Narazah (kiri) menunjukka­n cara mewarnakan kelopak mata dengan betul kepada para pelajar program solekkan Genius Remaja ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Narazah (berdiri) memberi penerangan kepada para pelajar tentang program solekkan Genius Remaja ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini di Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Narazah (berdiri) memberi penerangan kepada para pelajar tentang program solekkan Genius Remaja ketika ditemui di Pusat Komuniti Genius Remaja Desa Rejang baru-baru ini di Kuala Lumpur.
 ??  ?? NARAZAH
NARAZAH
 ??  ?? MOHD SHURI
MOHD SHURI
 ??  ?? NASRUDIN
NASRUDIN
 ??  ?? SHAHROL
SHAHROL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia