Utusan Borneo (Sabah)

Lapan keluarga mangsa kebakaran terima bantuan ADUN Balung

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Lapan ketua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Kinabutan Bukit, di sini menerima bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung Hamild Awang baru-baru ini.

Hamild berkata, sumbangan itu merupakan keprihatin­an pihaknya terhadap musibah yang menimpa semua mangsa yang terlibat.

“Saya difahamkan kebakaran berlaku di pagi Syawal dan sudah pasti ianya sangat perit untuk dilalui oleh semua keluarga yang terlibat.

“Kami berharap mereka mampu bersabar kerana semua yang berlaku merupakan dugaan daripada Tuhan untuk menguji hambanya ,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat dan menyampaik­an bantuan kepada ketua keluarga yang terlibat, di sini.

Katanya, sumbangan berupa bakul makanan dan sedikit wang tunai yang diberikan itu diharap dapat mengurangk­an sedikit bebanan mereka.

“Saya bersama Ketua Bahagian UMNO Tawau Ghazali Ansing turun sendiri ke lokasi kebakaran bagi mengetahui keperluan mangsa dan melihat keadaan kampung ini,”katanya.

Beliau berharap supaya semua penduduk kampung dapat menjaga prosedur operasi standard (SOP) semasa dalam perayaan Hari Raya ini bagi mengelak dijangkiti wabak COVID-19.

“Dalam kita bergembira menyambut Hari Raya, jangan lupa wabak masih berlegar-legar di sekitar kita dan perlunya sentiasa mematuhi SOP terutamany­a penjarakan fizikal.

“Jangan sampai kita terpaksa menghadapi sekali lagi gelombang wabak yang menyebabka­n banyak sektor ekonomi terpaksa ditutup demi mengekang penularan wabak COVID-19,”katanya.

Terdahulu, Utusan Borneo sebelum ini melaporkan seramai 35 penduduk Kg Kinabutan Bukit tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar awal pagi Hari Raya pada Khamis lalu.

 ??  ?? LAWAT: Hamild (kanan) melawat lokasi kebakaran.
LAWAT: Hamild (kanan) melawat lokasi kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia