Utusan Borneo (Sabah)

Haziq meninggal dunia akibat komplikasi salur darah jantung: KKM

-

KUALA LUMPUR: Kematian pemanah negara Haziq Kamaruddin semalam adalah disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arteroskle­rosis, demikian menurut kenyataan Kementeria­n Kesihatan semalam.

Kenyataan itu memetik Ketua Perkhidmat­an Perubatan Forensik Datuk Dr Zahari Noor yang berkata, hingga kini tiada bukti menunjukka­n bahawa kematian Olimpian berusia 27 tahun itu berkait langsung dengan vaksinasi COVID-19.

“Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah ujian calitan COVID-19 yang diambil menunjukka­n keputusan negatif bagi virus tersebut. Hasil bedah siasat menunjukka­n kepada kematian disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arteroskle­rosis.

“Bagaimanap­un, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisis makmal,” kata Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik itu.

Haziq yang pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik London 2012 dan Rio 2016, dilaporkan rebah di rumahnya pada kira-kira jam 8 pagi kelmarin, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi.

Jenazah Allahyarha­m selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Taman

Koperasi Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada jam 1.40 pagi semalam selepas selesai dibedah siasat di Hospital Kajang malam kelmarin.

Haziq antara lebih 200 atlet dan pegawai yang terlibat dalam persediaan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang melengkapk­an dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada 4 Mei lalu.

Sepanjang sedekad mewakili negara, Haziq pernah meraih pingat emas pada Grand Prix Asia 2011 di Laos dan gangsa Piala Asia 2019 di Filipina, selain meraih empat emas dan dua perak menerusi acara individu dan berpasukan di Sukan SEA sejak edisi 2011 hingga 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia