Utusan Borneo (Sabah)

Pemberian vaksin lebih meluas dan imuniti kelompok penting kepada pemulihan ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin lebih meluas dan imuniti kelompok akan menjadi kunci kepada pemulihan domestik serta membantu ekonomi melantun semula di tengah-tengah kemunculan varian baharu COVID-19 yang mencetuska­n risiko tinggi, kata Ahli Ekonomi Moody’s Analytics Sonia Zhu.

Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 0.5 peratus tahun ke tahun pada suku Mac susulan penurunan 3.4 peratus pada suku keempat 2020.

“Meskipun penguncupa­n perlahan-lahan keluaran dalam negara kasar (KDNK), keadaan dijangka kekal lemah dalam suku akan datang disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) terkini,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurut Zhu, sekatan pergerakan yang berpanjang­an akan menjadi situasi sukar untuk didepani terutamany­a bagi mereka yang mendapat gaji harian, perniagaan kecil dan keluarga yang berdepan masalah kewangan dengan setiap pelaksanaa­n PKP.

Varian COVID-19 yang lebih ganas dan cepat merebak telah memaksa kerajaan untuk mengisytih­arkan PKP di seluruh negara dari 12 Mei hingga 7 Jun, 2021 bagi membendung lonjakan kes harian baharu.

Selain Malaysia, negara-negara jiran Asia Tenggara lain seperti Singapura dan Indonesia juga berdepan dengan lonjakan jangkitan COVID-19.

PKP 3.0 dikuatkuas­akan hanya beberapa hari sebelum berakhirny­a Ramadan dengan bazar ramadan dan Aidilfitri terpaksa ditutup oleh kerajaan berikutan risiko tinggi penyebaran komuniti COVID-19.

“Acara sosial, makan di kedai dan perjalanan disekat semasa PKP, menjejaska­n industri perkhidmat­an seperti makanan, runcit dan hospitalit­i. Perbelanja­an isi rumah dijangka merosot pada tempoh tersebut yang biasanya mencapai tahap kemuncak,” katanya.

Oleh itu, katanya, usaha ke arah pemberian vaksin lebih meluas adalah kritikal, sambil menambah ketika ini hanya 3.4 peratus daripada penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Beliau berpandang­an kadar vaksinasi yang perlahan akan menimbulka­n keraguan terhadap keupayaan untuk mencapai sasaran imuniti kelompok pada akhir 2021, yang seterusnya boleh merisikoka­n pertumbuha­n bagi suku seterusnya.

Terdahulu awal minggu ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata Malaysia kekal berada di landasan untuk mencapai pertumbuha­n KDNK antara 6.0 peratus dan 7.5 peratus pada 2021. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia