Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Sarawak rekodkan empat kematian semalam

-

KUCHING: Empat kes kematian akibat COVID19 direkodkan di Sarawak semalam menjadikan jumlah yang maut kini meningkat kepada seramai 219 orang.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kes kematian ke216 melibatkan perempuan warga emas tempatan, 79, yang dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bintulu.

Saringan bagi kontak rapat COVID-19 dibuat pada 21 April 2021 dengan ujian rTPCR adalah positif COVID19.

Kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 6 Mei 2021, katanya menambah kes turut mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik.

Kes kematian ke-217 pula melibatkan perempuan tempatan, 87, yang telah menerima rawatan di Hospital Sarikei apabila saringan kontak rapat kes positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

“Kes tidak mempunyai simptoms dan gejala COVID-19 sebelum dimasukan ke hospital. Namun kes mulai mengalami kesesakan pernafasan kemudian dan kesihatan kes semakin merosot.

“Kes disahkan meninggal dunia pada 14 Mei 2021 selain turut mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidem­ia,” katanya.

Bagi kes kematian ke-218 pula melibatkan lelaki warga emas tempatan, 92, yang telah menerima rawatan di Hospital Sarikei apabila saringan kontak rapat kes positif COVID-19 pada 4 April 2021 dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

Kes juga tidak mempunyai tanda dan gejala jangkitan COVID-19 sebelum dimasukan ke hospital.

Namun kes mulai mengalami kesesakan pernafasan kemudian dan kesihatan kes semakin morosot dan disahkan meninggal dunia pada 14 Mei 2021.

“Kes kematian ke-219 melibatkan lelaki tempatan, 63, yang telah mendapat rawatan di Hospital Kanowit kerana mengalami kesesakan pernafasan.

“Kes juga mengalami demam dan batuk sejak empat hari yang lepas dan saringan ujian bagi COVID-19 dengan rT-PCR pada 24 Mac 2021 adalah positif COVID-19,” katanya.

Kes telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutny­a dan keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 15 Mei 2021.

JPBNS turut memaklumka­n daripada 324 kes jangkitan baharu COVID-19 yang direkodkan semalam, 241 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19.

Manakala 31 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 28 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada, 21 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan, 2 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B) dan satu kes melibatkan individu yang balik dari Papua New Guinea.

Terdapat 372 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada semalam menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 31,256 orang.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,419 orang.

Manakala ramai 324 orang disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia