Utusan Borneo (Sabah)

Lee gesa kerjasama penduduk Miri bataskan pergerakan

Duduk di rumah dan keluar hanya jika amat perlu, Bahagian Miri mencatatka­n peningkata­n kes yang membimbang­kan

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Menteri Pengangkut­an Sarawak yang juga Menteri Bertanggun­gjawab bagi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin yang bimbang dengan perkembang­an kes positif COVID-19 di Miri meminta kerjasama penduduk Miri agar membataska­n pergerakan mereka.

“Duduk di rumah sahaja. Virus tidak bergerak, orang memindahka­nnya. Jika kita berhenti bergerak, maka virus berhenti merebak dan virus mati. Sangat mudah.

“Sila patuhi semua prosedur operasi standard (SOP). Tolong duduk di rumah sekerap mungkin dan jangan keluar kecuali amat diperlukan,” ujar beliau.

Bahagian Miri sejak kebelakang­an ini katanya, menyaksika­n peningkata­n jumlah kes positif yang agak membimbang­kan.

“Sepanjang minggu ini, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri telah melakukan 6,878 ujian calitan, termasuk dari pusat perubatan swasta.

“Pada masa yang sama, pasukan kesihatan Miri secara aktif menjalanka­n pengesanan hubungan rapat dan pengesanan kes aktif (ACD),” katanya lagi.

Lee berkata, JPBB Miri ketika ini sedang meneliti situasi

COVID-19 di Miri dan akan memberikan laporan setiap hari kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di samping melaksanak­an langkahlan­gkah selanjutny­a yang mungkin diputuskan oleh JPBNS kelak.

“Dalam pada itu, kita menggesa semua orang di Miri supaya bekerjasam­a rapat dalam masa-masa sukar dan mencabar ini untuk melawan pandemik COVID-19.

“Pertempura­n hanya dapat dimenangi dengan perpaduan, kerjasama dan sokongan rakyat yang erat secara keseluruha­n.

“Barisan depan kita telah bekerja keras dan tanpa kenal erti lelah untuk membantu mereka yang terkena jangkitan COVID-19.

“Malah ramai yang terpaksa bekerja jauh malam dan lebih masa, sehingga jam 2 pagi untuk menyusun hasil ujian calitan dan mengorbank­an cuti dan masa mereka bersama keluarga.

“Oleh itu, JPBB Miri sekali lagi meminta sokongan dan kerjasama semua pihak untuk mematuhi semua SOP dan sentiasa berwaspada dengan mengamalka­n 3W (cuci, pakai, amaran),” katanya.

Terdahulu, Lee dan Pengerusi JPBB Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf menghadiri mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankua­sa itu menggunaka­n aplikasi Zoom dengan pihak JPBNS, petang semalam.

Mesyuarat tersebut juga dimaklumka­n bahawa pasukan Pejabat Kesihatan di sini telah berjaya mengawal situasi di daerah Telang Usan, sekali gus menyaksika­n kawasan berkenaan telah bertukar kepada Zon Hijau beberapa hari yang lalu dengan sifar kes.

“Kami akan menasihati sesiapa yang mempunyai gejala untuk pergi ke klinik terdekat secepat mungkin dan mereka yang bersentuha­n dengan kes positif pula dinasihatk­an menjalani ujian calitan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri,” ujar beliau.

Duduk di rumah sahaja. Virus tidak bergerak, orang memindahka­nnya. Jika kita berhenti bergerak, maka virus berhenti merebak dan virus mati. Sangat mudah. Datuk Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an Sarawak

 ??  ?? MESYUARAT: Lee (dua kanan) dan Abdul Aziz (kanan) semasa mesyuarat JPBB Miri menggunaka­n aplikasi Zoom, semalam.
MESYUARAT: Lee (dua kanan) dan Abdul Aziz (kanan) semasa mesyuarat JPBB Miri menggunaka­n aplikasi Zoom, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia