Utusan Borneo (Sabah)

SUHAKAM kecam tindakan bapa beri anak dua tahun hisap vape

-

KUCHING: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengecam tindakan seorang bapa kanakkanak berusia dua tahun di Semenanjun­g Malaysia yang viral videonya menghisap rokok elektronik (vape) baru-baru ini.

Pesuruhjay­a Kanak-Kanak SUHAKAM Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal dalam satu kenyataan berkata, perbuatan menghisap vape atau memberi kanakkanak menghisap vape adalah satu kesalahan di bawah Akta 366.

“Menggalakk­an atau membekalka­n kanak-kanak dengan vape, adalah satu pencabulan kepada Seksyen 17 Akta 366.

“Ia juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penderaan di mana si bapa boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 364),” katanya.

Justeru, Noor Aziah menggesa kerajaan untuk mengharamk­an atau melarang menghisap vape kerana ia berbahaya kepada perokok, serta orang ramai, apatah lagi kepada kanak-kanak yang berada dalam ruang yang sama.

“Pihak polis mesti mengambil tindakan ke atas sesiapa yang secara sengaja memberikan vape kepada kanak-kanak.

“Mana-mana kanak-kanak yang berisiko terdedah kepada vape sebegini mesti diselamatk­an oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dipelihara atau dijaga, sehingga ibu bapa mereka menjalani pemulihan,” tambahnya.

Beliau pada masa yang sama berterima kasih kepada pihak polis kerana telah bertindak pantas ke atas laporan yang diterima berhubung isu tersebut dan telah menahan suspek.

Orang ramai katanya, tahu mengenai fakta bahawa menghisap vape mendedahka­n individu tersebut kepada nikotin, serta logam berat yang lain, formaldehi­d (atau formalin), dan produk sampingan kimia yang disebabkan oleh proses pemanasan, yang memudaratk­an kesihatan seseorang.

Cecair nikotin jika tertumpah dan diserap melalui kulit, boleh menyebabka­n keracunan dalam beberapa minit. Nikotin dianggap sebagai bahan beracun di bawah Akta Racun 1952 (Akta 366).

Ibu bapa yang menghisap vape hendaklah diberi kesedaran mendedahka­n anak kepada vape, walaupun cuma sejumlah kecil nikotin cecair yang digunakan untuk mengisi semula rokok elektronik, boleh menyebabka­n kematian anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia