Utusan Borneo (Sabah)

NAMLIFA Miri mengadakan AGM ke-24 menerusi aplikasi Zoom

-

MIRI: National Associatio­n of Malaysian Life Insurance & Family Takaful Advisors (NAMLIFA) Cawangan Miri telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-24 menerusi aplikasi Zoom, baru-baru ini.

Pengerusi NAMLIFA Cawangan Miri Alice Voon menerusi satu kenyataan medianya semalam berkata, AGM terbabit merupakan mesyuarat julung kali yang diadakan menerusi aplikasi Zoom semenjak tercetusny­a wabak COVID-19.

“Kita berjaya mencatatka­n 43 pendaftara­n dengan 32 peserta aktif bersama melalui AGM terbabit. Usaha ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar tiada perjumpaan secara bersemuka pada masa ini.

“Menerusi mesyuarat tersebut, Presiden Kebangsaan NAMLIFA A.M Naidu turut sama menyertai dan berkongsi perkembang­an terkini industri insurans di Malaysia,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain jelas Voon, NAMLIFA Miri turut telah berjaya mengatur kelas bagi kursus Fellow Certified Life Practition­er (FCLP) yang dihadiri 32 pelajar dan dipimpin oleh Mary Yii.

Daripada jumlah terbabit, lapan daripada telah menamatkan kursus FCLP dan memperoleh kedudukan FCLP terbabit.

Mereka ialah Annie Tsen, Hayati Zakaria, Jenny Phua, Lina Goh, Molly Chua, Nge Siew Choo, Nikie Chong dan Vivian Tian.

“Selain itu, kita juga ada mengadakan ceramah Bumiputera yang diketuai Moses Jolly yang turut diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom dengan dihadiri lebih 50 ahli NAMLIFA.

“Ceramah berkenaan juga dihadiri oleh tetamu kehormat Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin,” katanya. Manakala bagi Anugerah Tahunan Akard kali ke-17 Cawangan Miri 2020 dengan seramai 87 penerima anugerah turut telah berjaya diadakan yang dianjurkan oleh Alycia Lee selaku ketua penganjur.

Tambah Voon, sehingga kini NAMLIFA telah mempunyai lebih 220 ahli ejen yang berdaftar.

 ??  ?? MENDAPATSA­MBUTAN:Antara yang menyertai AGM NAMLIFA Cawangan Miri menerusi aplikasi Zoom, baru-baru ini.
MENDAPATSA­MBUTAN:Antara yang menyertai AGM NAMLIFA Cawangan Miri menerusi aplikasi Zoom, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia