Utusan Borneo (Sabah)

Affendi dijangka lawat Hospital Medan ATM Kapit hari ini

Panglima Angkatan Tentera Malaysia dijangka tiba di hospital itu jam 11 pagi dari Sibu menggunaka­n pesawat tentera

- Oleh Watt Zacchaeus

KAPIT: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang dijangka mengadakan lawatan kerja ke Hospital Medan ATM di sini, hari ini.

Beliau dijangka tiba di hospital tersebut pada jam 11 pagi dari Sibu menggunaka­n pesawat tentera.

Mengiringi beliau ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Dato Dr Zulkirffel­i Mat Jusoh, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dan Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa.

Ketika kunjungan itu, Affendi dijangka meluangkan masa kira-kira dua jam untuk meninjau hospital tersebut sebelum berangkat balik ke Sibu pada jam 1 petang.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Hospital Medan ATM Kapit telahpun beroperasi sepenuhnya pada 10 Mei lalu.

Pada asalnya, lokasi hospital tersebut ialah Dewan Masyarakat Melayu Kapit yang terletak kira-kira lima kilometer dari Hospital Kapit.

Hospital tersebut berfungsi sebagai tempat rawatan bagi pesakit bukan kes COVID-19 yang dijangka beroperasi selama tiga bulan tertakluk kepada keadaan dan keperluan semasa.

Seramai tiga pegawai perubatan ATM bersama 35 anggota dan empat petugas perubatan dari Hospital Daerah Kapit bertugas di situ.

Hospital tersebut mampu menempatka­n 40 katil dan pesakit pada satu-satu masa dan kapasiti tersebut boleh ditambah sekiranya diperlukan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, menurut Sel Perhubunga­n Raya Markas 1 Divisyen, Tentera Darat Malaysia, misi hospital berkenaan adalah untuk membantu masyarakat umum mendapatka­n rawatan perubatan yang tidak berkaitan COVID-19, sama seperti peranan hospital medan yang ditubuhkan di Tawau, Sabah sebelum ini.

Hospital Kapit merupakan hospital daerah umum yang mempunyai kapasiti terhad dan dengan peningkata­n jumlah kes positif COVID-19, hospital berkenaan menghadapi masalah untuk menampung sejumlah besar pesakit pada satu-satu masa.

Keputusan untuk mendirikan hospital medan di Kapit dibuat susulan perbincang­an antara Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dengan Kementeria­n Pertahanan pada bulan lalu.

 ??  ?? BANTU MASYARAKAT: Hospital Medan ATM Kapit yang memberi rawatan perubatan tidak berkaitan COVID-19.
BANTU MASYARAKAT: Hospital Medan ATM Kapit yang memberi rawatan perubatan tidak berkaitan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia