Utusan Borneo (Sabah)

Aditajaya sampaikan duit raya kepada penerima di Parlimen Tanjung Manis

-

SIBU: Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Tanjung Manis (PERMANIS) Dato Sri Abang Aditajaya Abang Alwi mengagihka­n sumbangan duit raya kepada 95 imam serta imam jemputan, bilal dan merbot dari kawasan Parlimen Tanjung Manis yang merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang dan Semop.

Menurutnya, sumbangan duit raya itu turut disampaika­n kepada 232 peserta tadarus al-Quaran dari 17 masjid dan tiga surau di kawasan tersebut.

“Sumbangan ikhlas daripada saya ini telah disampaika­n oleh ketua-ketua setiap kawasan yang terlibat bagi mewakili saya sebagai Pengerusi PEMANIS.

“PEMANIS telah ditubuhkan pada tahun lepas atas inisiatif saya sendiri yang ingin membantu rakyat di kawasan Parlimen Tanjong

Manis,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berharap, semoga sumbangan tersebut dapat mewujudkan suasana gembira di kalangan penerimany­a ketika menyambut Aidilfitri.

Aditajaya berkata, sumbangan itu juga adalah untuk meringanka­n beban mereka ketika menghadapi pandemik COVID-19 yang masih melanda serta membimbang­kan situasinya ketika ini.

“Diharapkan kita semua dapat menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan jika SOP yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) diabaikan tidak mustahil ia akan menyumbang kepada peningkata­n kes dan kluster baharu di negeri ini,” jelasnya lagi.

Beliau menambah program sumbangan sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang oleh PEMANIS dan akan dijadikan program tahunan untuk membantu golongan yang terlibat.

 ??  ?? CERIA: Antara penerima yang mendapat manfaat sumbangan duit raya daripada Aditajaya di kawasan Parlimen Tanjung Manis.
CERIA: Antara penerima yang mendapat manfaat sumbangan duit raya daripada Aditajaya di kawasan Parlimen Tanjung Manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia