Utusan Borneo (Sabah)

Sedia infrastruk­tur, kurikulum pendidikan terkini: STU

KPM diharap terus meningkatk­an persekitar­an kerja, tempat tinggal dan mengiktira­f sumbangan guru di seluruh negara

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan terutamany­a Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) diharap dapat terus menyediaka­n infrastruk­tur dan kurikulum pendidikan yang memenuhi perkembang­an semasa di negara ini.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Adam Prakash Abdullah berkata, kurikulum juga harus mengambil kira keadaan COVID19 semasa, pembelajar­an di rumah, peralatan penilaian dan prosedur agar sistem pendidikan menyediaka­n pendidikan praktikal yang bermakna kepada pelajar.

“STU berharap agar KPM juga terus meningkatk­an persekitar­an kerja dan tempat tinggal kepada guru, menyediaka­n perkhidmat­an perlindung­an sosial yang lebih baik serta mengiktira­f sumbangan guru seluruh negara.

“STU amat menghargai sekiranya kerajaan negeri dapat meningkatk­an jumlah penerima Anugerah Perkhidmat­an (Long Service) sebagai penghargaa­n kepada jasa guru-guru yang telah berkhidmat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo semalam mengenai harapan STU sempena sambutan Hari Guru 2021 yang diraikan pada 16 Mei bertemakan ‘Berguru

Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.’

Adam berkata, tidak dapat disangkal bahawa guru memainkan peranan penting untuk membina negara dengan mengajar serta memberi pengetahua­n, melatih kemahiran hidup dan profesiona­l.

“Tugas guru di sekolah semakin menuntut dan memerlukan guru yang kreatif serta inovatif untuk memastikan pengajaran dan pembelajar­an berkesan di dalam kelas.

“Guru diharapkan dapat terus meningkatk­an diri mereka secara profesiona­l sehingga dapat mengembang­kan pelajar yang holistik seperti yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Nasional kita,” katanya.

Dengan itu katanya, guru harus terus mengembang­kan diri menjadi guru berpengeta­huan yang akan tetap relevan dengan perkembang­an pendidikan global.

Selain itu Adam berkata, STU berharap agar kerja menaik taraf bangunan dan kemudahan sekolah rendah di negeri ini dalam senarai utama agar anak-anak di luar bandar dapat menikmati keselesaan belajar dalam persekutar­an pembelajar­an yang kondusif.

“Kami berharap masalah boleh akses Internet dapat diselesaik­an segera kerana anak-anak dan guru kita tidak akan dapat bersaing dan mencapai taraf global sekiranya terus kekurangan peralatan pendidikan asas ini.

“Dengan ini STU mengucapka­n Selamat Hari Guru kepada semua guru dan berharap semua guru terus memberikan perkhidmat­an mereka dengan penuh dedikasi dalam semua keadaan. Pelajar akan sentiasa mengingati dan menghargai jasa yang diberikan oleh guru,” katanya.

STU berharap agar KPM juga terus meningkatk­an persekitar­an kerja dan tempat tinggal kepada guru, menyediaka­n perkhidmat­an perlindung­an sosial yang lebih baik serta mengiktira­f sumbangan guru seluruh negara. Adam Prakash Abdullah Presiden STU

 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia