Utusan Borneo (Sabah)

Proses pemberian vaksin COVID-19 di Sarawak perlu dipercepat: PKR Sarawak

-

KUCHING: Proses pemberian vaksin COVID-19 di Sarawak perlu dipercepat­kan berikutan peningkata­n berterusan kes positif dan kematian akibat virus tersebut di negeri ini.

Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Jame Stephen berkata, perkembang­an perlahan program imunisasi COVID-19 di negeri ini tidak boleh diterima.

Justeru, beliau menggesa kerajaan negeri untuk bertindak dengan lebih pantas kerana ia melibatkan kesihatan rakyat.

“Tiga bulan sudah berlalu, namun proses pemberian vaksin di negeri ini agak perlahan. Proses vaksinasi ini perlu dilakukan dengan pantas mengikut jadual bagi memastikan ekonomi berjalan seperti diunjurkan,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Jame, peningkata­n kes positif dan kematian secara mendadak akibat COVID-19 di negeri ini adalah membimbang­kan.

Beliau mendakwa, peningkata­n mendadak ini juga menunjukka­n kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) gagal dalam pendekatan yang diambil untuk menangani penularan virus tersebut.

“Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat hanya helah pemerintah untuk terus berpaut pada kuasa.

“Rencana vaksinasi juga tidak jelas dan lembab. Malaysia sepatutnya mencontohi kepantasan negara Amerika dalam proses vaksinasi yang nyata mampu meningkatk­an daya tahan badan dan pada masa yang sama terbukti mampu menyumbang kepada penurunan kes positif COVID-19 di negara mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Jame menggesa kerajaan Sarawak untuk memperting­katkan kemampuan logistik, koordinasi dengan hospital, fasiliti rawatan, klinik kesihatan awam, pengamal perubatan am dan farmasi dalam mempercepa­tkan proses vaksinasi.

Selain vaksin, pematuhan kepada garis panduan (SOP) PKP juga dapat membantu mengurangk­an peningkata­n kes, katanya.

Jame turut mengingatk­an rakyat di negeri ini supaya terus kekal mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan dalam usaha menyekat penularan COVID-19.

 ??  ?? JAME
JAME

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia