Utusan Borneo (Sabah)

KPM disaran transforma­si sistem pendidikan depani COVID-19

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) disaran mewujudkan panel penggerak sebagai pembina transforma­si model kurikulum dan pembelajar­an yang sesuai serta alternatif untuk mendepani pandemik COVID-19.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata, KPM tidak harus bertahan dengan sistem sedia ada yang tidak mampu disandarka­n untuk mendepani kehendak pendidikan sekarang.

“Melihat kepada senario pada masa kini, ia sudah pasti menuntut kita warga guru, khususnya KPM, perlu memberi reaksi yang positif dan proaktif.

“Maka itu, dalam menghadapi situasi yang tidak pasti pengakhira­nnya, KGBS menyaranka­n agar KPM mengorak langkah yang wajar untuk mentransfo­rmasikan sistem pendidikan kita sekarang supaya lebih sesuai dan selari dengan keadaan pandemik COVID19,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo semalam mengenai harapan STU sempena sambutan Hari Guru 2021 yang diraikan pada 16 Mei bertemakan ‘Berguru

Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.’

Ahmad berkata, kesatuan juga mengharapk­an agar KPM dapat menyediaka­n prasarana yang dituntut untuk melaksanak­an trend pembelajar­an terkini yang lebih efisien dengan sesegera mungkin.

Katanya, KGBS berharap saranan berkenaan menjadi keutamaan dalam pembanguna­n yang dirangka oleh kerajaan demi memastikan sistem pendidikan stabil serta seterusnya dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Guru, Ahmad berkata, tahun ini merupakan tahun kedua warga guru menyambut dan meraikan Hari Guru secara maya ekoran pandemik COVID-19.

“KGBS menyifatka­nnya sebagai cabaran yang hebat kepada warga guru bukan sahaja dalam meraikan sambutan perayaan Hari Guru, malahan keseluruha­n sistem pendidikan negara ini.

“Sejak pandemik COVID19 melanda dunia, tidak terkecuali negara kita sejak Mac 2020 dan salah satu sektor di negara kita yang terkesan adalah sektor pendidikan,” katanya.

Dengan itu katanya, kesatuan mengajak rakyat Malaysia agar bersyukur kerana sistem pendidikan negara masih mampu beroperasi sehingga kini walaupun ada sesetengah negara lain sistem pendidikan mereka masih lumpuh ekoran COVID-19.

“Sempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini, KGBS turut berharap ia dapat mencetus semangat warga guru disokong KPM agar terus melaksanak­an tugas dengan penuh dedikasi demi memantap serta mengukuhka­n prestasi pendidikan negara,” katanya sambil menambah walaupun negara berdepan dengan cabaran hebat pandemik COVID-19.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia