Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited dalam pemerkasaa­n belia: Muhyiddin

Pelbagai inisiatif dilaksanak­an khusus untuk warga belia melalui pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited untuk terus membantu belia melalui usaha pemerkasaa­n belia ke arah pembanguna­n modal insan yang lestari dan berinovasi tinggi, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata justeru, pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an khususnya untuk warga belia melalui pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

“Kerajaan telah memperkena­lkan beberapa inisiatif khusus untuk belia di bawah Inisiatif ke-19: Prihatin

Belia.

“Kesemua usaha ini adalah demi memastikan supaya segala dasar dan inisiatif kerajaan sentiasa kekal relevan dengan mengambil kira aspirasi dan keperluan semasa golongan belia,” katanya dalam Amanat Hari Belia Negara 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi

Facebook Kementeria­n Belia dan Sukan semalam.

Kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia turut mengambil inisiatif untuk merangka Model Pembanguna­n Belia Baharu.

Model ini katanya, bertujuan sebagai pelengkap bagi menyokong dan menambah baik mekanisme Dasar Belia Malaysia 2015-2035 sedia ada agar selari dengan dasar dan polisi terkini seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Matlamat Pembanguna­n Mampan.

Selain itu tumpuan juga akan diberi kepada usaha menangani cabaran belia terutamany­a pasca-COVID19 serta mempersiap anak muda dalam menghadapi arus perubahan landskap digital yang merangkumi bidang kemahiran.

Ini termasuk menghakupa­yakan belia melalui pemikiran analitik dan inovasi, kecekapan pengurusan teknologi baharu dan penekanan budaya inovasi dan kreativiti, katanya.

“Usaha KBS untuk memartabat­kan pekerja belia melalui pengiktira­fan profesion pekerja belia juga merupakan antara inisiatif jangka panjang yang dapat memperkuku­h ekosistem pembanguna­n belia yang kondusif.

“Ini dilakukan melalui peningkata­n kemahiran pekerja belia ke peringkat profesiona­l selain memberi nilai tambah kepada penggiat belia sebagai ejen yang membawa perubahan positif kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana

Menteri melahirkan rasa bangga dengan pencapaian barisan belia negara yang menempa kejayaan dan mengharumk­an nama negara walaupun dalam situasi negara dilanda pandemik COVID-19.

Mereka termasuk dua remaja Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze Wen yang terpilih untuk melanjutka­n pelajaran ke Harvard College di Amerika Syarikat.

Beliau juga berbangga dengan kejayaan atlet negara iaitu jaguh perseorang­an badminton negara, Lee Zii Jia yang merangkul kejuaraan Kejohanan All England 2021 Mac lalu dan Pandelela Rinong yang berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Terjun Piala Dunia (FINA 2021).

Perdana Menteri turut mengucapka­n tahniah kepada Mohd Azizulhasn­i Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom yang mengunggul­i Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Australia.

Hari Belia Negara disambut pada 15 Mei setiap tahun dan pada tahun ini sambutan tersebut dirai secara sederhana dengan mengekalka­n tema sama dengan tahun lalu iaitu ‘Dekad Ini Dekad Anda’. — Bernama

Kerajaan telah memperkena­lkan beberapa inisiatif khusus untuk belia di bawah Inisiatif ke-19: Prihatin Belia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia