Utusan Borneo (Sabah)

Sekatan perjalanan tamat, pesawat pertama dari India mendarat di Australia

-

SYDNEY: Sebuah pesawat yang membawa lebih 70 rakyat Australia meninggalk­an India yang dilanda virus telah mendarat di bahagian utara negara itu semalam, yang pertama sejak satu sekatan yang kontrovers­i terhadap ketibaan telah tamat.

Pesawat tersebut mendarat di Darwin pada pagi Sabtu selepas mengambil penumpang yang terjejas dari New Delhi, namun 72 daripada penumpang yang sudah menempah telah dilarang dari menaikinya selepas 48 orang didapati positif COVID-19 dan yang lain dikatakan sebagai kontak rapat.

Pada mulanya merancang untuk membawa 150 penumpang, hanya kira-kira separuh daripada mereka yang sudah menempah telah dibenarkan untuk menaiki pesawat, kata seorang jurucakap Kesihatan Wilayah Utara.

Di bawah pemeriksaa­n, mereka yang didapati positif untuk virus itu, atau dianggap sebagai kontrak rapat, harus terus berada di India sehingga mereka memperoleh­i keputusan negatif. — AFP

COPENHAGEN: Protes sebagai tanda sokongan untuk rakyat Palestin telah bertukar menjadi ganas di Copenhagen kelmarin, dengan penunjuk perasaan melastik batu ke arah anggota polis dan kedutaan Israel, menurut laporan polis dan media.

Protes, di luar kedutaan Israel di ibu negara Denmark, dileraikan selepas “keadaan tidak terkawal yang berterusan,” kata polis yang membuat tiga tangkapan.

Media tempatan melaporkan kira-kira 4,000 orang mengambil bahagian dalam bantahan dan sekumpulan antara 50 dan 100 penunjuk perasaan mula melontar batu ke arah kedua-dua bangunan kedutaan dan anggota polis.

Anggota polis menggunaka­n gas pemedih mata dan belantan terhadap penunjuk perasaan.

Inspektor polis Paw Kaltoft memberitah­u pihak penyiaran bahawa anggota polis telah menahan tiga orang dan ketika keadaan mulai tenang pada waktu petang mereka akan mengekalka­n satu kehadiran sehingga waktu malam.

Menteri luar negara Denmark Jeppe Kofod mengecam tindakan segelintir penunjuk perasaan, menurut badan penyiaran awal DR.

“Semua orang mempunyai hak untuk bersuara secara aman di Denmark,” kata Kofod dalam satu kenyataan di Twitter, sambil menambah bahawa tindakan melontar batu adalah “benar-benar tidak boleh diterima”.

Protes “Solidarity with Palestine” diadakan sebagai respons kepada konflik yang sedang berlaku dengan Israel, dan penunjuk perasaan telah menyeru kepada kerajaan Denmark agar mengutuk rejim Israel.

Tentera Israel telah mengebom Gaza dengan artileri dan serangan udara kelmarin selepas tembakan roket yang baharu secara berterusan dari kawasan yang ditadbir oleh Hamas, menegangka­n lagi satu konflik yang sekarang mengorbank­an sekurang-kurangnya 141 nyawa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia