Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan perunding kerajaan Afghan dan Taliban bertemu di Qatar, bincang rundingan damai

-

KABUL: Pasukan perunding kerajaan Afghan dan kepimpinan Taliban bertemu di Qatar kelmarin bagi berbincang untuk mempercepa­tkan rundingn damai, selepas rundingan yang terbengkal­ai selama beberapa bulan, kata pihak berkuasa bagi kedua-dua pihak.

“Pada hari ini satu mesyuarat telah diadakan di Doha antara delegasi dari keduadua belah pihak rundingan,” kata pasukan kedamaian bagi kerajaan Afghan di Twitter.

Pihak-pihak tersebut “menegaskan untuk mempercepa­tkan rundingan damai di Doha”, tambahnya.

Dalam satu kenyataan yang sama dihantar ke Twitter, pihak Taliban menyatakan “kedua-dua pihak bersetuju untuk mneruskan rundingan selepas Aidilfitri.”

Satu gencatan senjata selama tiga hari dipersetuj­ui oleh pihak yang bertelagah telah dikuatkuas­akan pada

Khamis lepas sempena cuti Aidilfitri bagi umat Islam, selepas keganasan teruk selama beberapa minggu.

Meskipun rundingan yang tidak dirancangk­an dibuka pada September di Qatar, mereka telah berusaha untuk membuat perubahan.

Turki dijadual akan mengadakan satu persidanga­n Afghanista­n pada lewat April namun ia telah ditunda ke tempoh yang belum pasti disebabkan pihak Taliban menolak untuk hadir.

Taliban telah membantah penangguha­n bagi pengundura­n tentera Amerika Syarikat dari Afghanista­n, yang Washington tunda dari 1 Mei ke 11 September.

Sejak pasukan tentera asing memulakan pengundura­n terakhir dari Afghanista­n, pasukan tentera kerajaan dan Taliban telah terlibat dalam pertempura­n sengit, terutama di bahagian selatan negara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia