Utusan Borneo (Sabah)

PGA7 rampas pelbagai barangan bernilai RM4.8 juta menerusi Ops Benteng sejak 17 April

-

PASIR MAS: Batalion Ke7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM4.8 juta menerusi Ops Benteng yang dilakukan sejak 17 April lepas hingga kini.

Pegawai Pemerintah Medan PGA7 Supt Azhari Nusi berkata, kesemua rampasan itu membabitka­n 73 kes dengan penahanan seramai 97 individu.

“Rampasan terbesar membabitka­n barangan kontraban seperti pakaian, rokok dan pelbagai barangan makanan bernilai RM2.9 juta dengan penahanan 29 individu,” katanya kepada pemberita di

Markas Taktikal PGA Lubok Setol, Rantau Panjang, di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas mercun bernilai RM635,347 dan menahan 12 individu menerusi 14 kes penyeludup­an barangan larangan terbabit yang dikesan sepanjang Ramadan.

“Kejayaan yang diperoleh sepanjang Ramadan amat membanggak­an walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran termasuk meredah hujan dan panas ketika bertugas selain berisiko menghadapi jangkitan COVID-19,” katanya.

Azhari berkata, pihaknya mendapati modus operandi pihak terlibat adalah menjalanka­n kegiatan mereka pada waktu tertentu seperti waktu berbuka dan sahur.

Beliau berkata, mereka didapati menjalanka­n kegiatan secara kecil-kecilan menggunaka­n kereta dan van berbanding menggunaka­n lori, selain dikesan menyimpan barang seludup di stor atau rumah sebelum diagihkan.

Katanya, PGA7 turut mendapati mereka yang terlibat dalam jenayah rentas sempadan itu berusia antara 18 dan 65 tahun dan percaya pembabitan mereka berikutan tiada peluang pekerjaan sepanjang tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jalan paling mudah adalah menjadi ‘tonto’ atau penyeludup bagaimanap­un sebagai agensi penguat kuasa di sempadan negara, tugas mencegah dan membantera­s segala bentuk penyeludup­an dan jenayah rentas sempadan adalah fokus utama pasukan.

“Pihak PGA tidak akan berkomprom­i dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kegiatan sedemikian kerana kedaulatan dan keselamata­n negara sentiasa menjadi keutamaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia