Utusan Borneo (Sabah)

Kompaun Raya: Polis siasat pemilik akaun Twitter disyaki sebar berita palsu

-

NILAI: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Twitter yang disyaki menyebarka­n berita palsu mengenai pelaksanaa­n kompaun pelanggara­n prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021 di Nilai Impian kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nilai Superinten­den Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemilik akaun itu, yang dikenal pasti sebagai ‘No War But Class War’ @ Icsmxms, akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Pemilik akaun itu memuat naik status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian. Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K pada jam 4.33 petang Khamis.

“Susulan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa

Perlu) (No 2) 2021,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam kelmarin.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatk­an supaya menghentik­an sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial ma-sing-masing.

Kelmarin, Bernama melaporkan polis memberi penjelasan bahawa gambar yang tular di media sosial merupakan gambar pemeriksaa­n rumah ke rumah pada Hari Raya pertama di kawasan perumahan Nilai Impian.

Gambar itu telah disalah tafsir sebagai tindakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah polis melakukan tinjauan bersama dengan pengamal media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia