Utusan Borneo (Sabah)

Polis terima laporan dakwaan Azmin langgar SOP ziarah Aidilfitri

-

PUTRAJAYA: Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali mengesahka­n satu laporan polis diterima kelmarin berhubung dakwaan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan larangan kunjung-mengunjung­i atau ziarah Aidilfitri.

Beliau berkata, laporan itu diterima pada jam 3 petang berhubung hantaran di Facebook

atas nama Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial mendapat perhatian netizen yang mendakwa ahli keluarga Mohamed Azmin merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

Mohd Fadzil berkata, Mohamed Azmin serta ahli keluarga, anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook

Ummi Hafilda Ali serta saksisaksi yang lain akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya dalam kalangan ahli keluarga Mohamed Azmin yang mendiami kediaman tersebut. Keterangan petugas yang menjaga pos kawalan kediaman rasmi tersebut juga mengesahka­n pada13 Mei tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti yang didakwa dalam hantaran

Facebook yang tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 13 Mei lebih kurang 8 pagi di kediaman rasmi Mohamed Azmin di Presint 10 di sini.

Beliau turut menasihati pengguna media sosial yang lain supaya berhati-hati semasa mengeluark­an kenyataan atau komen yang boleh menjatuhka­n imej, kredibilit­i dan maruah seseorang ataupun jabatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia