Utusan Borneo (Sabah)

Public Bank capai keuntungan bersih 15.1% suku pertama 2021

Kumpulan Public Bank mulakan 2021 dengan momentum positif: Pengasas

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALALUMPU­R:Kumpulan Public Bank mencapai keuntungan bersih milik pemegang saham sebanyak 15.1% pada suku pertama tahun 2021 berbanding dengan RM1.33 bilion pada suku yang sama 2020.

Pengasas, Pengerusi Emeritus, Pengarah dan Penasihat Public Bank, Tan Sri Datuk Sri Dr. Teh Hong Piow berkata, Kumpulan Public Bank memulakan tahun 2021 dengan momentum positif.

“Pada suku pertama tahun 2021, Public Bank mencapai pertumbuha­n 15.7% dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM2.00 bilion berbanding dengan RM1.73 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.”

“Keuntungan bersih milik pemegang saham meningkat sebanyak 15.1% dalam tempoh yang sama kepada RM1.53 bilion,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau lagi, bagi suku pertama 2021, persekitar­an operasi terus memberi cabaran memandangk­an Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 telah dikenakan bagi menangani kebangkita­n semula kes COVID-19.

“Walaupun berdepan dengan cabaran ini, ekonomi Malaysia perlahan-lahan meraih momentum, disokong oleh sentimen yang bertambah baik berikutan pemberian vaksin COVID-19 di seluruh dunia selain sokongan daripada pelaksanaa­n pelbagai dasar.”

“Berikutan persekitar­an ekonomi yang bertambah baik itu, Public Bank mencapai prestasi keuntungan yang lebih baik, dipacu oleh pengembang­an dalam perniagaan pinjaman dan deposit, selain pertumbuha­n pendapatan berasaskan fi.”

Pada suku pertama tahun 2021, Public Bank memperoleh nisbah kos kepada pendapatan yang baik sebanyak 31.8% dan pulangan ekuiti bersih yang tinggi sebanyak 13.5%.

Menurut Tan Sri Teh, Public Bank terus melangkah jauh dalam perniagaan peminjaman dan pengambila­n deposit, walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi yang berterusan.

“Pada akhir Mac 2021, jumlah pinjaman Kumpulan Public Bank mencatatka­n pertumbuha­n tahunan sebanyak 4.8%. Ini terutamany­a disokong oleh pembiayaan hartanah kediaman, pembiayaan kenderaan penumpang dan pembiayaan PKS.”

“Dengan persekitar­an kadar faedah yang rendah dan langkah-langkah penggalaka­n ekonomi, Kumpulan mencatatka­n peningkata­n dalam kelulusan pinjaman perumahan, dengan kenaikan sebanyak 26.5% pada suku pertama tahun 2021 berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.”

“Selain itu, promosi dan penyertaan proaktif Kumpulan dalam pelbagai skim pembiayaan khas yang diperkenal­kan

Walaupun berdepan dengan cabaran ini, ekonomi Malaysia perlahanla­han meraih momentum, disokong oleh sentimen yang bertambah baik berikutan pemberian vaksin COVID-19 di seluruh dunia selain sokongan daripada pelaksanaa­n pelbagai dasar. Tan Sri Datuk Sri Dr. Teh Hong Piow Pengasas, Pengerusi Emeritus, Pengarah dan Penasihat Public Bank

oleh Kerajaan dan Bank Negara Malaysia untuk membantu PKS dalam mengatasi kesulitan kewangan mereka, terus menyumbang kepada pertumbuha­n pinjaman Public Bank,” katanya.

Manakala dari segi pengambila­n deposit, jumlah deposit pelanggan Public Bank mencatat pertumbuha­n tahunan sebanyak 2.9% dan deposit pelanggan domestik mencatatka­n pertumbuha­n tahunan sebanyak 3.0%.

Deposit semasa dan simpanan yang rendah kosnya terus meningkat pada kadar kemajuan yang kukuh pada suku berkenaan dengan pertumbuha­n tahunan sebanyak 18.4%.

 ??  ?? DR. TEH HONG PIOW
DR. TEH HONG PIOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia