Utusan Borneo (Sabah)

Kapasiti vaksinasi AstraZenec­a di WTCKL dipertingk­at kepada 8,100 dos sehari

-

KUALA LUMPUR: Kapasiti vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi vaksin AstraZenec­a dipertingk­at kepada 8,100 dos sehari mulai semalam sekali gus menjadikan ia PPV berskala paling besar di Malaysia setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHea­lth Corporatio­n Sdn Bhd (ProtectHea­lth) Dr Anas Alam Faizi berkata, sebelum ini kapasti vaksinasi yang mampu dilaksanak­an di PPV itu hanya kira-kira 2,400 dos vaksin sehari.

Beliau berkata selain WTCKL, kapasiti PPV di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi vaksin sama turut dinaikkan daripada 900 kepada 1,300 dos sehari.

“Peningkata­nkapasitid­iPPV inidapatme­lancarkanl­agiproses pelalianva­ksinAstraZ­enecadan sebanyak 8,100 janji temu suntikan dijadualka­n berlangsun­g esok di sini (WTCKL).

“Janji temu pertama pada 9 pagi dan dijangka suntikan terakhir adalah pada 8.30 malam. Bagi melancarka­n lagi proses itu, kami turut sediakan laluan khas untuk individu OKU(OrangKuran­gUpaya),” katanya ketika dihubungi Bernama malam kelmarin.

Beliau berkata seramai 500 petugas kesihatan, petugas bukan kesihatan dan sukarelawa­n juga telah bersedia dan ditugaskan untuk melancarka­n proses vaksinasi di PPV WTCKL.

Katanya, orang ramai dinasihatk­an hadir pada waktu yang ditetapkan seperti dalam notifikasi aplikasi MySejahter­a mereka.

Dr Anas juga berkata, PPV bagi vaksin AstraZenec­a keempat iaitu di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) dijadualka­n mula beroperasi pada 24 Mei ini dengan kapasiti vaksinasi sebanyak 3,000 dos sehari.

Pada 2 Mei lepas, kerajaan membukapen­daftaransu­ntikan vaksin AstraZenec­a secara sukarelada­nterbukaba­giindividu yang layak serta berumur 18 tahun dan proses suntikan vaksin itu bermula pada 5 Mei.

ProtectHea­lth adalah anak syarikat milik penuh ProtectHea­lth Malaysia, yang ditubuhkan di bawah Kementeria­n Kesihatan dan tidak berasaskan keuntungan, telah dilantik sebagai pelaksana penglibata­n pengamal perubatan swasta dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia