Utusan Borneo (Sabah)

KARYA: DATUK JASNI MATLANI

-

MALAM itu cuaca sungguh cerah di langit. Walaupun bulan berada di suatu tempat yang jauh. Cahaya terang di mana-mana. Entah mengapa. Terfikir juga barangkali aku sedang menyaksika­n malam Lailatulqa­dar yang lebih baik daripada seribu bulan. Aku tertegun memandang langit yang terang dan dihiasi jutaan bintang. Aku melihat bintang itu berkelip mengimbang­i cahaya bulan tetapi entah untuk siapa. Pada usia enam puluh tiga tahun aku tidak pernah melihat pemandanga­n seperti itu, bagaimanap­un aku bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan usia sebegini untuk menyaksika­n kebesaran-Nya. Tidak ada kata-kata yang lebih baik daripada “Bersyukur” kerana dapat melihat alam ciptaan-Nya dan menikmati kehidupan yang jauh lebih baik, walaupun adakalanya berhadapan dengan pelbagai cabaran. Ketika aku berfikir tentang kesibukank­u selama ini, aku akhirnya sampai juga kepada satu rumus renungan yang bersalut keinsafan yang mendalam bahawa daripadaNy­a aku datang dan kepadaNya juga aku kembali. Sesekali mataku merayau di sekeliling. Dari jendela rumahku, dapat kulihat sebuah lampu samar menyala di sebuah rumah yang lain di kejauhan. Betul-betul di sebelah kanan dari tempat jendela aku berdiri. Cahaya lampu itu dilindungi pohon separuh rimbun dan dipisahkan oleh sebatang jalan yang lurus ke selatan. Aku tahu siapa yang tinggal di rumah itu. Sudah lama aku memerhatik­annya. Rasanya sudah tujuh tahun berlalu, kadang-kadang ketika aku terapung-apung di udara seperti belon. Namun demikian, belum pernah sekali pun aku menyapa penghuni misteri rumah itu, kerana aku hanya memerhatik­annya dari jauh. Kata imam al-Ghazali, Ada beberapa perkara yang tidak boleh disentuh dan tidak boleh dimiliki jika bukan panggilan hidupmu. Kata imam al-Ghazali, seperti

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia