Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

TEBING HARAPAN

di birai tebing melihat tari Sang arus berjoget serampang laut Sang sampah ikut rentak lantai sungai kian lesu bisiknya ada ragu dulunya bersih cantik kini: gemersik bayu hilang birai tebing makin senget aur membawa diri mulut muara tetap menganga tebing inilah kita memadu sungai inilah saksi kita pertemuan duka dihiris jambatan perahu bocor sidai merata birai tebing kian hilang seri Masraden MD Kuala Lumpur @ 19 April, 2021

KESALI DIRI

insan kerdil menginsaf diri merasa mati sebelum mati diam sendiri terkujur bisu pekik lolong semakin dekat kenapa masih ada agenda lain sedangkan sudah tercatat salahkah nafsu cuba menjadi raja atau akal sudah tidak berfungsi mana satu jadi pilihan memilih atau dipilih? ditemani mentari pancar cahaya meresap ke hati akhirnya kelam melabuh tabir ke mana hilangnya nafsu di mana takhtanya hati mencari kembali dalam samar cahaya kepada Tuhan permintaan diaju hindari azab terpalit sudah dari jauh harum kasturi Masraden MD Kuala Lumpur @ 27 April, 2021

DI HUJUNG KERINDUAN

Dalam derap gerimis terbuai wajahmu menyusup naluri bersimbah angan tanpa arah terkulai rasa rindu tempias kata sebaris ayat mengguris hatiku lengkaplah sudah mainan omongan rantai harapan hampir putus di hujung kata aku disindir tajam rinduku menjadi kusam kini cintaku mula terbakar biarkan keluh kesah ini jadi debu aku cuba pahatkan namamu tidak terpahat kerana ada suara sumbang mengajakmu tinggalkan aku di laman penantian penuh tangis lara semakin roboh merobek pondok harapan aku beranikan diri hendak bersemuka aku mengajak angin mengetuk pintu hatimu usahkan menegur senyum pun tidak di hujung bicaramu menitip keangkuhan aku pulang bawa bekal kelukaan di hujung madah indahmu melonglaik­an aku aku bukan lagi igauanmu

Masraden MD Kuala Lumpur @ 1 Mei, 2021

GURU SEJARAHMU DITULIS Guru sejarahmu ditulis Riwayatmu ibarat betingbeti­ng pasir di sungai Tidak mungkin akan terhakis Jika aurnya kukuh menepis terjahan Bagai hangus tiada berapi karam tiada berair Bagai belerang dibakar mewangi gaharu Engkau menumbuk dikisar sehingga segalanya lumat Biar ia condong ia pasti menongkat Biar rebah ia akan mampu menegak Bukit sama didaki lurah sama dituruni Engkau tidak akan memberi yang bengkok Dan akan terus celik dari buta dunia Bidukmu biduk berkemudi di lautan duka Ia akan terus bergerak Dengan hati waja berurat kasa. Kepala patah bertopang paruh, patah paruh Lengan menongkah diri.

Ramlee Jalimin Jainin (Tinta Dewata) 14/1/2021 PKP Keningau. GURU UMPAMA BIANGLALA MELAKAR JALAN KE SYURGA.

Kejayaan itu disebalik kisah seorang manusia Adalah cerita setiap guru yang luhur budinya Melimpahka­n segala ilmu dan nilai yang kaya Sentiasa berdaya dan berhati waja Membangunk­an bangsa juga negara Demi agama, dan demi manusia, Cukuplah membayangk­an wajahnya Kepada persada dunia……… Di wajah masyarakat turut berbangga Kerana dirimu mengalir semangat perkasa Seorang guru yang sentiasa berjasa Menyirami tanah yang tandus Menyemai benih yang unggul. Bagai meranduk ombak dan badai Mengutip kerang di pantai terlontar usahanya yang tidak pernah berakhir Kerana di situ terpahat jiwa guru menujah zuhud dan hijabnya sebuah perjuangan yang suci. Sepanjang zaman..tiada noktahnya, dan tidak pernah ambil tahu Siapa dirinya Tapi itulah seorang guru, berkorban untuk apa sahaja Dicaci atau dicela Dia diam sahaja Tetap diterima. Yang pasti anak-anak terus ditabur dengan budi dan kehidupan Disemai tentang harapan dan hasilnya kejayaan dituai Terima Kasih buat semua guru….. Ikhlas dan baktimu sampai bila-bila Kata-katamu jua adalah azimat Tersemat bagai aguk permata Bagai bulan kembangnya semesta alam Umpama lilin menerangi kamar yang sepi Yang sentiasa melakar jalan ke syurga Umpama bianglala Sekalipun cuba melukis jalan ke langit. Biar diri dimamah terbakar Amanah dan amalmu terus bercambah. Ramlee Jalimin Jainin (Tinta Dewata) Sk. Meninipir, Keningau 22/11/2017

GURU YANG CEMERLANG

Kita telah lupa antara Kaisar yang terkenal dan bertangan besi dari Negara Fujiyama Hirohito pernah berkata bahawa generasi kelak akan tahu yang memajukan bangsa matahari terbit adalah para guru yang sering berjuang antara selut dan gununggana­ng Terbukti hingga hari ini Jepun masih menjadi sebuah magnet bagi pelajar di seluruh dunia untuk menuntut ilmu. Guru sememangla­h tonggak sebuah kemajuan sebuah bangsa Kerana gurulah hari ini generasi muda berilmu dan berakal Sayangnya.. Kita seringkali melupakan besarnya jasa guru yang mulia Bahkan terkadang kita tidak silu memperkeci­lkan apa usaha guru untuk kehidupan manusia Masyarakat sering begitu jika emosi dan sentimen menguasai diri, tapi terima kasih yang masih anggap guru masih yang cemerlang Tanpa sebuku narsis Tanda jasa lewat usaha seorang guru Jika dunia dulu kosong,hanya tak pernah kita isi, ada warnawarna hampa Gelap tak bisa apa-apa, tak bias ke mana-mana. Dengan goresan dan garisgaris kata yang bukan mimpi lagi. Terima kasih guruku Pejuang pendidikan tanpa nama, tanpa di dendangkan di mana-mana Tanpa arca monumen atau berkilau di gedung-gedung tinggi Atau gagah di bangunan parlimen Guru pembina citra dan wacana bangsa pada yang perlu diubah. Guru umpama belayar bersama nakhoda Berjalan bersama tahu, berkata bersama pandai Gempitakan dijiwa seorang guru, pendidikan sepanjang zaman. Ramlee Jalimin Jainin (Tinta Dewata) Keningau 14/02/2019

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia