Utusan Borneo (Sabah)

PUI, kontak rapat, PUS jangan hadir ke PPV

Setakat ini didapati beberapa individu yang berstatus sedemikian hadir ke PPV: Khairy

-

Kita boleh periksa kita punya status risiko dalam MySejahter­a, ia sentiasa dikemas kini. Kalau kontak rapat jangan datang (ke PPV). Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Bakal penerima vaksin yang berstatus individu dalam siasatan (PUI), kontak rapat pesakit COVID-19 atau individu dalam pengawasan (PUS) tidak dibenarkan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini pihaknya mendapati beberapa individu yang berstatus sedemikian hadir ke PPV, sedangkan mereka sepatutnya berada di rumah.

Menurutnya, pihaknya akan menjadualk­an semula vaksinasi bagi mereka yang berstatus sedemikian kerana individu berkenaan berisiko untuk menjangkit­i orang lain.

“Kita boleh periksa kita punya status risiko dalam MySejahter­a, ia sentiasa dikemas kini. Kalau kontak rapat jangan datang (ke PPV),” katanya ketika ditemui dalam tinjauan beliau ke PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi vaksin AstraZenec­a di sini semalam.

Selain itu, beliau berkata, bagi mereka yang tiada janji temu di MySejahter­a juga tidak perlu hadir ke PPV untuk mencuba nasib mendapatka­n vaksin kerana ia boleh menimbulka­n kesesakan serta menimbulka­n kawasan jangkitan COVID-19.

Pada masa sama, Khairy turut menasihatk­an mereka yang mempunyai janji temu penerimaan vaksin supaya hadir pada waktu yang ditetapkan atau 15 ke 30 minit awal sahaja bagi mengelakka­n kesesakan.

Ditanya mengenai keluhan beberapa pasangan suami isteri yang mempunyai janji temu penerimaan vaksin pada tarikh berlainan, sama ada boleh diselarask­an pada hari yang sama, Khairy berkata semuanya bergantung kepada kapasiti PPV. Beliau berkata, sekiranya petugas di PPV mendapati ramai yang tidak hadir pada hari berkenaan, mereka mungkin akan menyuntik vaksin kepada pasangan yang hadir pada hari itu.

“Atas dasar budi bicara PPV tetapi tolong, itu tidak bermakna anda boleh terus pergi (tanpa temu janji), itu sekiranya anda menemani suami atau isteri bukannya terus serbu P P V ,” katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan membuka lagi pendaftara­n untuk mendapatka­n vaksin AstraZenec­a untuk penduduk di Lembah K l ang serta beberapa negeri lain dan pengumuman berhubung b e r kara itu akan dilakukan pada minggu hadapan.

Pada 2 Mei lepas, kerajaan membuka pendaftara­n suntikan vaksin AstraZenec­a secara sukarela dan terbuka bagi individu yang layak serta berumur 18 tahun dan proses suntikan vaksin itu bermula pada 5 Mei. —

 ?? — Gambar Bernama ?? SABAR MENUNGGU: Penerima vaksin mula beratur menunggu giliran seawal jam 9 pagi di WTCKL bagi menerima suntikan vaksin jenis AstraZenec­a semalam.
— Gambar Bernama SABAR MENUNGGU: Penerima vaksin mula beratur menunggu giliran seawal jam 9 pagi di WTCKL bagi menerima suntikan vaksin jenis AstraZenec­a semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIJAMIN SELAMAT: Jurutera swasta Azli Hafeez Roslan (kanan), 32, menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZenec­a di WTCKL, semalam.
— Gambar Bernama DIJAMIN SELAMAT: Jurutera swasta Azli Hafeez Roslan (kanan), 32, menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZenec­a di WTCKL, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? JANGAN TAKUT: Jururawat Russenayra Ajak, 31, membuat persiapan sebelum memberi suntikan kepada penerima vaksin pada Program Suntikan Vaksin AstraZenec­a Secara Sukarela di Pusat Pemberian Vaksin AstraZenec­a, WTCKL semalam.
— Gambar Bernama JANGAN TAKUT: Jururawat Russenayra Ajak, 31, membuat persiapan sebelum memberi suntikan kepada penerima vaksin pada Program Suntikan Vaksin AstraZenec­a Secara Sukarela di Pusat Pemberian Vaksin AstraZenec­a, WTCKL semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERJALAN LANCAR: Khairy bercakap pada sidang media selepas membuat lawatan mengejut di Pusat Pemberian Vaksin AstraZenec­a, di WTCKL di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERJALAN LANCAR: Khairy bercakap pada sidang media selepas membuat lawatan mengejut di Pusat Pemberian Vaksin AstraZenec­a, di WTCKL di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia