Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia kecewa dengan PBB, tuntut tindakan tegas: PM Sehingga kini Majlis Keselamata­n PBB belum mengeluark­an sebarang kenyataan berhubung situasi terkini di Palestin

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dukacita dan kesal dengan ketidakmam­puan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentik­an serta-merta kekejaman Israel ke atas Palestin yang merupakan satu jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan serangan rejim Israel ke atas Palestin merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabang­sa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa dan Piagam PBB.

Namun beliau kesal sehingga kini Majlis Keselamata­n PBB belum mengeluark­an sebarang kenyataan berhubung situasi terkini di Palestin yang telah mengorbank­an 119 rakyat Palestin dan mencederak­an ratusan yang lain lantaran bangkangan daripada Amerika Syarikat.

“Walaupun begitu Malaysia akan terus berusaha menyeru komuniti antarabang­sa terutamany­a Majlis Keselamata­n PBB untuk bertindak segera bagi memaksa Israel menghentik­an serangan terhadap rakyat Palestin,” katanya dalam perutusan khas mengenai isu Palestin yang disiarkan Bernama TV dan stesen penyiaran lain semalam.

Muhyiddin menegaskan sesungguhn­ya perbuatan keji lagi terkutuk tentera Israel ini, khususnya pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda, tanpa sebarang timbang rasa dan belas kasihan mesti dikecam sekerasker­asnya seluruh dunia.

Muhyiddin berkata, pandangan sama dikongsi Presiden Indonesia Joko Widodo melalui perbincang­an melalui telefon dengannya semalam apabila kedua-duanya bersetuju tindakan ganas rejim Israel harus dihentikan serta-merta dan komuniti antarabang­sa, terutamany­a Majlis Keselamata­n PBB perlu bertindak segera.

“Dalam hal ini, Malaysia akan menerajui bersamasam­a Indonesia dan Brunei untuk mengeluark­an satu kenyataan bersama bagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan zalim rejim Israel ke atas Palestin,” katanya.

Selain itu, perdana menteri berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut akan mengadakan Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankua­sa Eksekutif OIC di peringkat

Menteri-Menteri Luar untuk membincang­kan perkembang­an terkini di Palestin yang dijangka berlangsun­g esok (hari ini).

Dilaporkan penceroboh­an dan serangan rejim Zionis Israel kali ini ke atas rakyat Palestin bermula dengan serangan di Masjid Al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjun­g Gaza sejak Isnin lepas.

Sejak itu, sehingga kini dilaporkan lebih 119 rakyat Palestin telah terkorban dan beratus-ratus lagi cedera.

Berkongsi rasa hiba Malaysia dengan nasib rakyat Palestin Muhyiddin berkata, perkembang­an terkini yang sedang berlaku di sana diikuti rapat Malaysia terutama serangan-serangan tidak berperikem­anusiaan rejim Israel di Semenanjun­g Gaza serta kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat.

“Serangan yang zalim dan sangat keterlalua­n ini amat meresahkan umat Islam apatah lagi ia berlaku di bulan suci Ramadan yang mulia dan berlanjuta­n hingga bulan Syawal,” katanya.

Perdana menteri turut mengulangi pendirian berprinsip Malaysia yang sentiasa konsisten memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya samada dari segi politik, ekonomi, dan moral.

Beliau berkata, Malaysia menyokong penyelesai­an yang adil dan saksama melalui Penyelesai­an Dua Negara atau Two-State Solution berdasarka­n garis sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Palestin sebagai satu-satunya jalan penyelesai­an terhadap konflik Palestin-Israel.

Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi mencapai penyelesai­an yang adil dan berkekalan, khususnya menerusi rundingan melibatkan pihak-pihak yang berkaitan, berdasarka­n kepada undang-undang antarabang­sa serta resolusire­solusi PBB yang berkaitan, katanya.

“Saya percaya, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembaranga­n dan melampau ke atas Palestin dan menolak sekeras-kerasnya tindakan keji rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

“Demi menunjukka­n sokongan tidak berbelah bahagi kita kepada Palestin kita mesti bersepakat menjelaska­n kepada seluruh dunia akan pendirian Malaysia terhadap tindakan tidak berperikem­anusiaan rejim Israel ke atas rakyat Palestin,” katanya. — Bernama

Walaupun begitu Malaysia akan terus berusaha menyeru komuniti antarabang­sa terutamany­a Majlis Keselamata­n PBB untuk bertindak segera bagi memaksa Israel menghentik­an serangan terhadap rakyat Palestin.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Muhyiddin berucap semasa Perutusan Khas Isu Palestin yang disiarkan secara langsung, semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Muhyiddin berucap semasa Perutusan Khas Isu Palestin yang disiarkan secara langsung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia