Utusan Borneo (Sabah)

Trend kemasukan pesakit wanita COVID-19 di PKRC Kelantan meningkat

-

KOTA BHARU: Trend kemasukan pesakit COVID-19 dalam kalangan wanita di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini menunjukka­n peningkata­n sejak beberapa hari lepas.

Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob berkata, kemasukan itu menunjukka­n peningkata­n mencecah 15 peratus berbanding sebelum ini, sehingga kuota PKRC yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah pesakit wanita.

Beliau berkata, disebabkan peningkata­n itu pihaknya hari ini mengambil inisiatif memindahka­n pesakit lelaki COVID-19 yang berada di PKRC Tanah Merah untuk menempatka­n pesakit wanita.

“Seramai 18 pesakit lelaki COVID-19 yang ditempatka­n di PKRC Tanah Merah sebelum ini dipindahka­n ke PKRC Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian pada 12.30 tengah hari semalam menggunaka­n bas mini daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

“PKRC Tanah Merah ini mampu menempatka­n 200 pesakit wanita pada satusatu masa,” katanya kepada pemberita selepas meninjau PKRC Gelanggang Seni, di sini semalam.

Bagi menampung keperluan pesakit wanita yang semakin meningkat, Dr Mohd Azmzn berkata, PKRC Gelanggang Seni yang merupakan PKRC kelapan di negeri itu juga akan menempatka­n pesakit wanita.

“Kita jangka PKRC ini akan mula beroperasi pada Isnin depan, dan ia mampu menampung sehingga 140 orang bilangan pesakit pada satu-satu masa.

“Malah, PKRC Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas yang dibuka pada Selasa lepas (11 Mei) juga sudah hampir penuh dengan kapasiti seramai 160 pesakit wanita, selain di PKRC Dewan Putik Pengkalan Chepa juga hampir penuh, dengan 200 pesakit wanita,” katanya.

Pihaknya tidak menolak kemungkina­n berlaku peningkata­n pesakit COVID-19 dalam kalangan wanita disebabkan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Kelantan merekodkan 109 kes baharu COVID-19 hari ini, dengan 107 adalah kes tempatan manakala selebihnya kes import.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia