Utusan Borneo (Sabah)

Nadal hantar pulang Zverev ke tanah air

Nadal balas dendam dalam Terbuka Itali setelah disingkirk­an oleh Zverev pada Madrid Master

-

ROME: Juara sembilan kali Rafael Nadal menumpaska­n pemain yang telah menyingkir­kannya dalam Madrid Master, Alexander Zverev 6-3, 6-4 sekaligus mara ke separuh akhir Terbuka Itali kelmarin.

Pemain pilihan kedua Nadal kalah kepada Zverev dalam lapan terakhir Terbuka Madrid minggu lalu, tetapi berjaya menamatkan tiga permainan kalah berturut-turut menentang pemain Jerman tersebut di Foro Italico.

“Ia kemenangan yang bermakna buat saya menentang seorang pemain handal,” kata pemain Sepanyol itu.

Pemain 34 tahun itu mengakhiri maraton perlawanan suku akhir 3 jam 30 minit kepada Denis Shapolav pada Khamis yang mana beliau perlu mematahkan dua mata pendahulua­n.

Nadal meraih 4-0 sebelum pilihan keenam Zverev menghantar servis menyaksika­n juara 20 kali Grand Slam itu menyelamat­kan mata pendahulua­n dalam set pertama.

Pemain Jerman itu membawa perlawanan sengit dalam set kedua namun Nadal menyelamat­kan lapan mata pendahulua­n lalu mengikat kemenangan dengan mata akhir pertama selepas dua jam.

Nadal bakal bertemu dengan pemain kelahiran Amerika Reilly Opelka untuk merebut slot final buat kali ke-11 dalam pada beliau memanaskan badan untuk Terbuka Perancis bermula 30 Mei.

Opelka, di ranking ke47, melangkah ke separuh akhir Masters pertama beliau dengan kemenangan 7-5, 7-6 (7/2) menentang pemain kelayakan Argentina, Federico Delbonis.

“Ini merupakan cabaran besar menentang pemain tangkas dan servis yang hampir tidak dapat dibalas,” ulas Nadal tentang Opelka yang belum kehilangan set sepanjang minggu.

“Saya telah menghantar servis kemas terutamany­a pada detik genting, itulah kuncinya, saya kekal tenang,” kata Opelka, yang meraih hampir 80 ace minggu ini.

Nadal kini hanya memerlukan dua kemenangan untuk menyamakan rekod Novak Djokovic dengan 36 kejohanan ATP Masters 1000.

Beliau juga kini mengejar kemenangan 10 atau lebih dalam acara tunggal buat kali keempat, selepas Roland Garros (13), Barcelona (12) dan Monte Carlo (11).

Zverev, 24, sekarang telah menang tujuh kejohanan berturut-turut, selepas kemenangan kedua di Madrid minggu lepas.

Ia kemenangan yang bermakna buat saya menentang seorang pemain handal. Rafael Nadal Bintang tenis Sepanyol

 ?? — Gambar AFP ?? SEMANGAT KESUKANAN: Nadal (kiri) berjabat tangan dengan Zverev pada penghujung perlawanan di antara mereka berdua dalam Terbuka Itali di Rome.
— Gambar AFP SEMANGAT KESUKANAN: Nadal (kiri) berjabat tangan dengan Zverev pada penghujung perlawanan di antara mereka berdua dalam Terbuka Itali di Rome.
 ??  ?? ZVEREV
ZVEREV
 ??  ?? NADAL
NADAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia