Utusan Borneo (Sabah)

Torres calon gantikan tempat Aguero

Pemain Man City itu beraksi cemerlang dalam kemenangan 4-3 ke atas Newcastle United dengan jaringan hatriknya

-

NEWCASTLE: Pep Guardiola memberitah­u Ferran Torres bahawa beliau boleh menggantik­an tempat Sergio Aguero sebagai penyerang utama Manchester City musim hadapan selepas pemain kelahiran Sepanyol itu menyempurn­akan hatrik dalam kemenangan 4-3 ke atas Newcastle kelmarin.

Dengan kejuaraan ketiga Liga Perdana dalam empat tahun sudah dalam genggaman dengan tiga perlawanan baki, Guardiola sekali lagi mengambil kesempatan untuk memberi peluang kepada beberapa pemain sokonganny­a untuk bersinar dua minggu menjelang final Liga Juara-Juara.

Torres merupakan calon paling hebat untuk menentang Chelsea di Porto pada 29 Mei dengan trio hantaran kemas sekaligus menambah jumlah gol musim pertama beliau dalam England kepada 13 gol.

Pemain 21 tahun itu juga telah melakar hatrik buat Sepanyol menentang Jerman awal musim ini, telah dibeli oleh City pada Ogos setelah prestasi hebat beliau untuk Valencia sebagai pemain sayap. Namun pemegang rekod jaringan gol sepanjang masa City, Aguero bakal meninggalk­an kelab pada penghujung musim ini, Guardiola mengulas potensi Torres untuk mengisi kekosongan yang ditinggalk­an oleh pemain Argentina itu.

“Ini merupakan musim pertama beliau di England dan rekod beliau amat mengagumka­n. Ketika beliau bermain, beliau mempunyai deria gol. Ini ialah ciriciri seorang penyerang, untuk mengetahui di mana bola akan tiba satu saat sebelumnya,” kata Guardiola.

Guardiola juga memberikan penampilan buat penjaga gol 35 tahun Scott Carson dan kemunculan dalam Liga Perdana yang pertama sejak hampir 10 tahun.

Bekas pemain antarabang­sa England itu menjadi pemain pinjaman dari Derby sebagai pilihan ketiga di Etihad sejak dua musim lepas.

Cerson ditundukka­n tiga kali, dan juga tidak bernasib baik setelah menyaksika­n sepakan penalti Joe Willock yang diselamatk­annya pada separuh masa kedua melantun kepada pemain tengah pinjaman dari Arsenal untuk menyempurn­akan bola muntah itu.

City mendominas­i pembukaan permainan, namun ditewaskan pada 25 minit apabila Emil Krafth merembat masuk hantaran sudut Matt Ritchie.

Pasukan pelawat menukar rentak perlawanan dengan meraih dua gol dalam tiga minit apabila sepakan lengkung Joao Cancelo masuk ke sudut jauh sebelum Torres membuat hantaran hebat daripada sepakan percuma Ilkay Gundogan melepasi Martin Dubravka.

Magpies menyamakan kedudukan lagi ketika masa kecederaan separuh masa pertama setelah Nathan Ake disahkan mengasari Joelinton dan selepas video bantuan pengadil (VAR) dirujuk, pengadil menunjukka­n spot itu.

Penyerang Brazil tersebut

Ketika beliau bermain, beliau mempunyai deria gol. Ini ialah ciri-ciri seorang penyerang, untuk mengetahui di mana bola akan tiba satu saat sebelumnya. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

lantas merembat masuk sepakan penalti melimpasi Carson dan mencatatka­n keputusan seri 2-2 pada waktu rehat.

Pengadil menunjukka­n spot penalti buat kali kedua dalam sejam perlawanan selepas Kyle Walker mengasari Willock, yang meraih gol keenam beliau sebagai pemain pinjaman dengan menyempurn­akan bola muntah.

Sungguhpun begitu, pendahulua­n itu hanya bertahan beberapa saat dalam menyaksika­n Torres mengasak bola hantaran Gabriel Jesus sekaligus menjadikan keputusan 3-3.

Torres menyudahka­n hatriknya semasa perlawanan berbaki 24 minit dengan satu lagi rembatan licik selepas cubaan lengkung Cancelo melantun ke tiang.

“Setiap hari saya menambah baik diri. Saya hanya perlu terus berusaha menuju final Liga Juara-Juara,” kata Torres. —

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Newcastle Utd dan Manchester City di St James Park di Newcastle.
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Newcastle Utd dan Manchester City di St James Park di Newcastle.
 ?? — Gambar AFP ?? TONGGAK BAHARU CITY: Torres meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP TONGGAK BAHARU CITY: Torres meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia