Utusan Borneo (Sabah)

Alves diperlukan dalam skuad Brazil

-

GENEVA: Roger Federer berkata kelmarin bahawa para atlet memerlukan keputusan muktamad sama ada Olimpik Tokyo bakal berlangsun­g, dengan bintang tenis tersebut mengakui beliau masih berbelah bahagi dengan temasya itu.

Olimpik 2020 yang telah tertangguh akibat pandemik COVID-19 dijadualka­n untuk berlangsun­g pada 23 Julai.

“Ia sukar. Kami tidak mendapat banyak khabar. Itu membuatkan kami beranggapa­n sukan itu bakal berlangsun­g, sungguhpun saya mendengar ramai penduduk di Tokyo menentang sukan itu,” kata Federer.

Jepun meluaskan kawasan darurat COVID-19 kelmarin, hanya 10 minggu sebelum Olimpik, menyaksika­n pengikut kempen menyerahka­n petisyen dengan lebih daripada 350,000 tandatanga­n menyokong agar sukan tersebut dibatalkan.

Dalam pada Tokyo dan daerah lain berada di bawah utusan kecemasan sehingga akhir Mei, tiga kawasan lagi, termasuk utara Hokkaido yang bakal menjadi hos maraton Olimpik, kini menyertai mereka.

“Sejujurnya saya tidak tahu. Saya ingin bermain dalam Olimpik, memenangi pingat buat Switzerlan­d, itu akan membuat saya amat bangga. Namun jika itu tidak berlaku ekoran situasi kini, saya amat memahaminy­a. Tetapi apa yang diperlukan para atlet kini adalah keputusan: adakah ia akan berlangsun­g atau tidak?” kata Federer.

Federer bakal bermain dalam kejohanan Terbuka Geneva minggu hadapan, acara kedua beliau selepas kembali daripada rehat setahun dengan masalah lutut.

Juara perseorang­an Olimpik Beijing 2008 Rafael Nadal mengakui pada Selasa bahawa beliau belum lagi membuat keputusan untuk menyertai Tokyo, mengambil masa untuk membuat keputusan bergantung dengan “keadaan”.

Pada Isnin, Serena Williams menjelaska­n beliau teragak-agak untuk menyertai Olimpik, manakala bintang Jepun Naomi Osaka dan Kei Nishikori kedua-duanya telah menyuaraka­n kebimbanga­n jika Tokyo patut menjadi hos acara tersebut.

 ??  ?? FEDERER
FEDERER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia