Utusan Borneo (Sabah)

Klopp enggan wujud isu dengan Mane

-

LONDON: Jurulatih Liverpool Jurgen Klopp akan berbincang dengan Sadio Mane ketika penyerang itu mengabaika­nnya selepas perlawanan kemenangan 42 ke atas Manchester United pada Khamis.

Klopp meletakkan Mane di bangku simpanan pada 74 minit pertama dalam persaingan sengit Liga Perdana itu, sebaliknya memutuskan untuk mula dengan Diogo Jota.

Selepas kemunculan sebentar Mane sebagai pemain gantian, Klopp mendekatin­ya pada wisel penamat untuk meraikan kemenangan besar itu dalam perebutan slot ke Liga Juara-Juara.

Namun Mane enggan memberi respon kepada jurulatihn­ya dan dipapar dalam televisyen berjalan menuju terowong sambil menggeleng­kan kepalanya.

Mengulas sebelum perjalanan ke West Bromwich Albion pada Ahad, Klopp menyatakan beliau tidak marah dengan Mane namun akan berbincang dengan pemain 29 tahun itu tentang pendapat yang ditunjukka­n.

“Sekiranya seseorang menunjukka­n hormat kepada saya sebanyak lima juta kali dan sekali tidak hormat, mana yang lebih penting? Dunia kini memperbesa­rkan situasi lebih daripada yang perlu. Jika kamu melihat saya selaku seorang pemain apa yang saya lakukan mengikut emosi amat tidak masuk akal, saya ialah seorang normal, dan ia pernah terjadi pada saya. Kami akan bercakap tentang ini, kemudian ia akan selesai. Itu saja,” jelas Klopp kelmarin.

Klopp serta-merta menyaranka­n selepas perlawanan itu bahawa keputusan lewatnya untuk memasukkan Jota telah menyebabka­n reaksi Mane.

Tindakan itu membuahkan hasil dalam menyaksika­n Jota meraih gol penyamaan Liverpool, menampakka­n harapan kemenangan pertama ke atas musuh ketat mereka di Old Trafford sejak 2014.

Jurulatih Liverpool tersebut tidak menjangkak­an sebarang pertelingk­ahan daripada insiden tersebut dalam pada Liverpool cuba merebut slot empat teratas dalam Liga Perdana.

“Adakah kamu mahu perkara ini berlaku? Tidak. Namun ini bukanlah kali pertama dalam hidup saya dan saya khuatir untuk menyatakan ia tidak akan menjadi yang kali terakhir.”

Selepas gagal mempertaha­nkan kejohanan Liga Perdana, Liverpool cuba menyelamat­kan musim yang bermasalah dengan kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Dengan Chelsea menentang pasukan tempat ketiga Leicester minggu hadapan, Liverpool hampir pasti mendapat kesudahan empat teratas jika mereka memenangi tiga perlawanan akhir ke atas West Brom, Burnley dan Crystal Palace. —

 ?? — Gambar AFP ?? KESAYANGAN: Klopp (kanan) bersama Mane semasa satu sesi latihan, tahun lalu.
— Gambar AFP KESAYANGAN: Klopp (kanan) bersama Mane semasa satu sesi latihan, tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia