Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Kabinet, wakil rakyat langgar SOP perlu dikenakan tindakan tegas

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Penguat kuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat yang sewenang-wenangnya melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika semua pihak sedang berusaha mengekang penularan COVID-19.

Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Karambunai Jimmy Lai berkata, terdapat beberapa kejadian ahli Kabinet dan wakil rakyat melanggar SOP ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau sentiasa mengadakan pertemuan.

Bagaimanap­un katanya, mereka sentiasa terlepas memandangk­an mampu membayar denda yang dikenakan.

“Perdana Menteri sudah menyaranka­n agar rakyat perlu duduk diam dalam rumah, tetapi mereka (menteri dan wakil rakyat) tetap juga berkunjung, melawat atau berkumpul untuk menjamu selera dan ada dari kalangan mereka langsung tidak memakai pelitup muka.

“Pemimpin yang dipilih rakyat ini gagal menjadi contoh kepada orang ramai dengan sewenang-wenangnya melanggar peraturan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan tegas terhadap golongan ‘VIP’ yang sentiasa melanggar SOP, termasuk mengenakan mereka denda yang berat atau mengheret mereka ke mahkamah dengan kemungkina­n membatalka­n status kumpulan berkenaan sebagai wakil rakyat berbanding hanya mengenakan denda RM1,000.

“Sekiranya menteri atau penggubal undang-undang tidak mampu mendisipli­nkan diri atau melanggar SOP, bagaimana mereka mahu rakyat mematuhi peraturan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan dan penguatkua­sa perlu melihat perkara itu dengan serius dan tidak membiarkan mereka dengan sesuka hati melanggar SOP dalam usaha negara ini membendung COVID-19.

Sementara itu katanya, rakyat pula dinasihatk­an agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

 ??  ?? JIMMY
JIMMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia