Utusan Borneo (Sabah)

UPSI anjur persidanga­n bincang prospek Bahasa Melayu

-

KOTA KINABALU: Bahasa Melayu perlu terus berkembang sebagai bahasa yang berwibawa dalam menyampaik­an isi pemikiran serta mencermink­an intelektua­l bangsa.

Sehubungan itu, Jabatan Bahasa dan Kesusaster­aan Melayu Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif menganjurk­an Persidanga­n Antarabang­sa Memartabat­kan Bahasa Melayu kali ke-7 2021 (PABMVII 2021) pada 13 September sehingga 14 September depan.

Pengerusi Persidanga­n Prof Madya Dr. Mohd Rashid Md Idris berkata, sebagai bahasa yang mempunyai keindahan yang diiktiraf sejarah, usaha memastikan kelestaria­n bahasa Melayu sebagai bahasa yang berperadab­an tinggi perlu diteruskan.

Persidanga­n itu akan dirasmikan Duta Malaysia di Turki diadakan dengan kerjasama Universiti Ibnu Haldun, Istanbul, Turki.

“Sesuatu bahasa akan menjadi lebih unggul apabila dikaitkan dengan peradaban besar melalui kerjasama dengan negara-negara lain di peringkat antarabang­sa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Menurutnya, penyertaan persidanga­n terbuka kepada pensyarah universiti awam dan institut pendidikan guru serta pelajar pascasiswa­zah di seluruh negara.

Beliau berkata, persidanga­n kali ini mengetenga­hkan tema ‘Pengajian Melayu Masyarakat Supradiver­siti’. Manakala subtemanya Bahasa Melayu, Kesusaster­aan Melayu, Bahasa Serumpun,

Pendidikan, Seni dan Budaya, Perbanding­an Bahasa dan Ketamaduna­n.

Katanya, semua pembentang­an akan dijalankan secara hibrid (dalam talian) dan perasmian hanya membabitka­n kehadiran sebilangan kecil dari tetamu pengurusan tertinggi universiti serta Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi.

“Kertas kerja yang diterima akan diterbitka­n dalam e-prosiding dan urus setia juga akan usahakan penerbitan untuk e-prosiding scopus dan artikel scorpus walaupun ditentukan oleh pihak konsultan yang dipilih oleh pihak JBKM dan editorial jurnal berkenaan,” katanya.

Tarikh akhir penerimaan abstrak 17 Julai 2021, tarikh pengesahan abstrak 20 Julai 2021, dan tarikh akhir penerimaan kertas kerja 10 Ogos 2021.

Maklumat lanjut persidanga­n boleh menghubung­i Urus Setia Persidanga­n di talian 019-6329577 (Dr. Nur Farahkhann­a) atau 0196323903 (Dr Zuraini) atau melalui emel pabmvii202­1@gmail.com.

 ??  ?? MOHD RASHID
MOHD RASHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia