Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan lembu cukup untuk ibadah korban

-

JASIN: Bekalan ternakan lembu mencukupi bagi menampung permintaan umat Islam menjalanka­n ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha, Selasa ini biarpun kerajaan menghentik­an pengimport­an lembu dari Thailand.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, tindakan menghentik­an import lembu dari Thailand itu dikuatkuas­akan sejak awal bulan lepas, untuk mengekang penularan penyakit kulit kental berbonjol (LSD).

Katanya, harga bagi bekalan lembu hidup juga masih terkawal iaitu di paras RM5,000 hingga RM5,500 seekor mengikut kos keseluruha­n bagi ternakan haiwan ruminan itu.

“Kementeria­n menerusi Jabatan Perkhidmat­an Veterinar ( JPV) telah menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantauan di ladang-ladang seluruh negara dan umat Islam tidak perlu bimbang kerana haiwan ternakan untuk sembelihan sedia ada masih mencukupi.

“Walaupun pengeluara­n daging lembu atau tahap sara diri (SSL) ketika ini sekitar 20 peratus tetapi kami banyak mengimport dari negara lain untuk keperluan domestik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan MAFI Prihatin di Simpang Bekoh di sini semalam.

Terdahulu beliau menyampaik­an bantuan MAFI Prihatin melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) kepada 426 penerima di tujuh lokasi di Jasin semalam.

Sementara itu, Ahmad berkata menerusi agihan pada program itu, sebanyak 1.5 tan metrik buah-buahan dan sayur-sayuran seperti pisang Sabah, terung, kubis bulat dan sayur sawi diberikan kepada penerima.

Katanya sehingga 15 Julai lepas pelaksanaa­n MAFI Prihatin melalui FAMA sahaja telah memberi manfaat kepada 23,977 orang yang terdiri daripada petugas barisan hadapan, badan kebajikan dan badan bukan kerajaan ( NGO) di 104 lokasi seluruh negara membabitka­n penyaluran makanan sebanyak 41.7 tan metrik.

“Sumbangan berbentuk hasil pertanian seperti sayursayur­an dan buah-buahan merupakan kesinambun­gan program ini yang merupakan inisiatif serampang dua mata di samping membantu petani memasarkan lebihan hasilan pertanian dan dalam masa sana dapat membantu meringanka­n beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Ahmad Hamzah (dua kanan) ketika menyampaik­an bantuan makanan menerusi program MAFI Prihatin di pusat penjagaan warga emas di Bukit Katong, dekat Jasin, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Ahmad Hamzah (dua kanan) ketika menyampaik­an bantuan makanan menerusi program MAFI Prihatin di pusat penjagaan warga emas di Bukit Katong, dekat Jasin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia