Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan iktibar Aidiladha panduan hadapi cabaran COVID-19

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyeru agar umat Islam di negeri ini menjadikan iktibar Aidiladha sebagai panduan menghadapi cabaran pandemik COVID19.

Katanya, Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang juga disambut di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian besar.

“Ini adalah tahun kedua umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha ketika penularan pandemik COVID-19. Bagi kita umat Islam di Sabah, iktibar daripada Aidiladha menjadi panduan dalam menghadapi cabaran pandemik COVID19.

“Aidiladha pada kali ini mengingatk­an kita erti kesabaran. Dalam keadaan dan cabaran yang sedang kita hadapi ketika ini, situasi sebegini sebenarnya menuntut kita agar sentiasa bersabar, bersyukur, bermuhasab­ah diri, berlapang dada dan menempuh cabaran ini secara bersama.

"Ia juga satu pengorbana­n besar setiap individu selaras dengan tuntutan dan ajaran Islam. Justeru, raikanlah Aidiladha ini bersama keluarga di rumah masingmasi­ng dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha di sini semalam.

Beliau turut meminta umat Islam yang membuat ibadah korban sempena Aidiladha agar melaksanak­annya dengan penuh penghayata­n di samping mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Umat Islam di negeri ini juga diminta agar menghayati dan mengambil iktibar sejarah serta kisah pengorbana­n Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini.

Dalam pada itu, beliau bersama keluargany­a turut merakamkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di negeri ini.

Terdahulu, Hajiji menghadiri majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkaranga­n Masjid Haji Noor Kampung Serusup di sini dan menyampaik­an sebanyak 108 ekor lembu korban kepada 50 wakil masjid dan surau di sekitar Tuaran.

Selain itu beliau turut menyumbang­kan lembu korban kepada pasukan keselamata­n di negeri ini iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM), Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Pada majlis itu, TDM diwakil Panglima 5 Divisyen Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia Kem Lok Kawi Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid, manakala PDRM diwakili oleh Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Kontinjen Sabah Pembantu Komisioner Kanan Zabidi Mohd Zain dan Timbalan Panglima Armada Timur Markas Pemerintah Armada Timur Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Shazalie Shuib mewakili TLDM.

Hadir sama, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai; dan Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya.

 ??  ?? LEMBU KORBAN: Hajiji (dua kiri) ketika menyempurn­akan simbolik penyerahan lembu korban pada majlis berkenaan.
LEMBU KORBAN: Hajiji (dua kiri) ketika menyempurn­akan simbolik penyerahan lembu korban pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia