Utusan Borneo (Sabah)

TANJUNG ARU BARU TERBAKAR LAGI

Sebanyak 23 rumah musnah dalam kebakaran kali ketiga tahun ini

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Belum sampai dua minggu kejadian kebakaran yang memusnahka­n 10 rumah, Kampung Tanjung Aru Baru sekali lagi dilanda musibah selepas 23 rumah musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.

Kebakaran terbabit dipercayai berlaku kirakira jam 4.20 pagi bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke rumah lain di sekitarnya.

Api cepat merebak dan memusnahka­n rumah yang lain berikutan kedudukan rumah yang rapat di antara satu sama lain.

Ketua Zon I Kota Kinabalu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Penguasa Kanan Bomba Hamsa Isnurdini berkata, sebanyak lima kenderaan turut musnah terbakar dalam kejadian itu.

Bagaimanap­un katanya, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dan semua mangsa yang terlibat sempat menyelamat­kan diri dalam kebakaran itu.

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Penampang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak sehingga memusnahka­n beberapa rumah yang berstruktu­r kayu atas air.

"Pasukan bomba yang turut dibantu penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran dari terus merebak dan menyelamat­kan sebahagian lagi rumah berdekatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pasukan bomba turut mengalami kesukaran ke lokasi kejadian berikutan keadaan jalan yang sempit.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 5.49 pagi dan operasi memadamkan api tamat sepenuhnya pada jam 8.03 pagi.

Katanya, api merebak terlalu cepat kerana struktur rumah yang dibina daripada kayu dan berdekatan satu dengan lain.

"Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat Unit Forensik Kebakaran," katanya.

Operasi berkenaan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Mengikut rekod, kebakaran semalam adalah kejadian ketiga tahun ini membabitka­n penempatan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru.

Kejadian pertama berlaku pada 25 Mei lepas, membabitka­n sebanyak 25 rumah dan kejadian kedua pada 6 Julai lepas membabitka­n 10 rumah musnah terbakar.

 ??  ?? KEBAKARAN: Anggota bomba berusaha memadam api yang merebak cepat dalam kejadian itu.
KEBAKARAN: Anggota bomba berusaha memadam api yang merebak cepat dalam kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia